Gara-gara mengecam tindakan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza beriadah menggunakan basikal dan melalui laluan yang salah akhirnya individu ini ‘terciduk’ kerana dikritik kembali oleh peminat penyanyi lagu Cindai itu.
Dakwa individu itu, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi itu telah mempromosi budaya berbasikal yang tidak sihat apabila menggunakan pasukan pengiring sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Namun begitu, ciapan individu tersebut yang dimuat naik di laman media sosial Twitter itu ternyata telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan peminat TokTi.
Setelah dikecam hebat, individu tersebut telah meletakkan akaun media sosialnya dalam mood privasi.
Sekadar info, TokTi memang terkenal sebagai antara selebriti yang aktif bersukan dan berbasikal sehingga menjadi ikutan rakan artis yang lain.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.