Gara-Gara Kalah Bola, Suami Eyra Hazali Didoakan Agar Lumpuh – “Ia Adalah Melampau!”

Hiburan

Gara-Gara Kalah Bola, Suami Eyra Hazali Didoakan Agar Lumpuh – “Ia Adalah Melampau!”

Pelakon dan personaliti TV, Eyra Hazali meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir penyokong bola sepak tempatan yang mendoakan suaminya, pemain bola skuad Harimau Malaya agar lumpuh gara-gara kalah perlawanan malam tadi.

Suami Eyra, Hazid Nadzli yang juga penjaga gawang skuad Harimau Malaya didakwa menjadi punca kekalahan Malaysia ketika pasukan menentang Thailand dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Piala Asean di Stadium Rajamangala.

Advertisement

Caci dan makian anda lemparkan kami boleh terima. Tetapi hinaan dan mendoakan suami saya lumpuh serta melibatkan anak-anak kami adalah melampau.

Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik kepada anda dan keluarga. Haziq akan sentiasa mendapat sokongan kami.

Menjengah ke ruangan komen berita kekalahan skuad Malaya malam tadi, terdapat segelintir netizen yang meninggalkan komen berbaur cacian dan makian terhadap para pemain.

Eyra hazali netizen doakan suami lumpuh

“Penjaga gawang gol paling sial dalam dunia! Kau punya pasal kita kalah bodoh! Perlawanan seterusnya kau tak payah main. Malam ini semua pemain Malaysia main dengan bagus kecuali kau. Kau bunuh rentak kita,” antara komen netizen.

Sekadar info, Eyra Hazali telah mendirikan rumah tangga bersama Haziq pada 1 November 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zain saidin nafi rileks
1 month ago

"Saya Tak Duduk Saja, Meniaga Minyak Wangi Pun Salah Satu Usaha" - Zain Saidin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...