Fenomena motosikal jenis Yamaha 15ZR ataupun Ysuku menjadi kegilaan ramai termasuklah beberapa selebriti tempatan. Namun, isu berkaitan motosikal ini sedang hangat diperkatakan apabila pihak berkuasa memberikan amaran kepada orang ramai dan artis untuk hentikan aktiviti mempromosi modifikasi motosikal secara haram.
Gara-gara isu Ysuku yang merupakan hobi suaminya Shuib, penyanyi Siti Sarah pula menjadi mangsa serangan netizen di Twitter.
Memerli Sarah ‘isteri kepada fenomena Ysuku’, mereka menuduhnya sebagai punca Ysuku menjadi perhatian pihak berkuasa.
“Buka Twitter dapat serangan macam
ini. Tak faham ke saya ada Anxiety?”
Komen-komen negatif yang dilemparkan memberikan kesan kepada Sarah yang menghadapi masalah kebimbangan melampau (Anxiety).
Shuib minta jangan libatkan isteri
Terdahulu, beberapa pihak menyifatkan selebriti sebagai punca fenomena hobi motosikal Ysuku menjadi perhatian pihak berkuasa dan mengaitkan nama-nama artis tertentu terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian motosikal tersebut. Malah, ada yang mendakwa ada sesetengah artis mengajurkan perlumbaan dan pertaruhan.