Boleh dikatakan pada era sekarang ini, insurans merupakan plan perlindungan yang amat penting bagi menghadapi sebarang risiko di masa hadapan.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada juga beberapa konflik yang akan berlaku seperti ejen gagal dihubungi, karenah biokrasi ataupun proses tuntutan menjadi leceh hingga menyulitkan lagi keadaan.
Begitulah yang dihadapi oleh seorang pengguna TikTok baru-baru ini, beliau berkongsikan kisah anak perempuannya, Afrina hampir saja tidak boleh dirawat oleh doktor kerana insurans gagal memberikan kelulusan. Tetapi disebabkan ihsan pusat perubatan itu, anaknya langsung dirawat dan boleh dibawa pulang ke rumah dalam keadaan stabil.
Selepas anak perempuannya sihat, tiada siapa dapat jangka anak lelaki Puan Zazaa pula tiba-tiba mengalami kekejangan dan dengan hati yang resah, beliau membawa terus ke hospital untuk dirawat.
Namun apakan daya, wanita tersebut menghadapi masalah yang sama buat kali kedua apabila anak lelakinya sedang menghadapi detik getir itu, doktor tidak dapat merawat dengan serta-merta kerana perlu menunggu pengesahan approve dari pihak insurans dulu.
Sedih mengingatkan kejadian yang berlaku, wanita bergelar ibu ini menasihati orang ramai terutamanya golongan ibu bapa bahawa wang simpanan kecemesan itu amat penting bagi menghadapi krisis sebegini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.