“Gara-Gara Insiden ‘Video Call’ Tu…” – Larang Keluarga Aliff Berhubung Dengan Anak-Anak, Bella Astillah Beri Penjelasan

Hiburan

“Gara-Gara Insiden ‘Video Call’ Tu…” – Larang Keluarga Aliff Berhubung Dengan Anak-Anak, Bella Astillah Beri Penjelasan

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah tampil memberi penjelasan mengenai tindakannya untuk tidak membenarkan keluarga bekas suami, berhubung dengan anak-anaknya.

Bella memaklumkan bahawa keluarga Aliff Aziz juga sudah sedia maklum mengenai alasan dia berbuat demikian.

Advertisement

Menafikan alasan bahawa dia berniat memutuskan ikatan kekeluargaan antara anak-anak dengan keluarga di Singapura, Bella berkata dia menanti waktu yang bersesuaian.

Sebenarnya pihak sana (bekas mentua) tahu apa isunya dan tak perlu saya ungkap lebih lanjut. Ia makan masa tapi slowly but surely, cuma bukan dalam masa terdekat.

Jelas Bella, ada insiden tertentu yang membuatkan dia bertindak demikian dan enggan membiarkan anak lelakinya, Ayden untuk berasa keliru setelah insiden itu.

Pernah masa hari raya Aidilfitri ada buat panggilan video bersama pihak sana tapi mereka cakap kasihan lihat wajah Ayden seperti tertekan dan risau, mesti dia risaukan daddy dia.

Sebenarnya tak pun, jadi ayat-ayat macam itu yang buatkan anak-anak keliru. Semenjak kejadian itu saya memang tapis.

Bella juga menjelaskan bahawa Aliff tidak pernah menghubunginya untuk bertanya tentang soal anak-anak.

Terdahulu, Bella dan Aliff Aziz telah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rozita Che Wan lega bakal menantu tak mencapap
4 months ago

Bakal Menantu Berhijab & Tak Ada Media Sosial, Rozita Che Wan 'Puas Hati' Pemilihan Isteri Anak Sulung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...