Pelakon Izara Aishah sekali lagi mencuri perhatian di media sosial selepas memuat naik gambar Miss Universe Israel, Milaenen Shiraz, di platform Threads beserta satu perbandingan yang cukup pedas tetapi bersahaja.
Dalam hantarannya, Izara secara bergurau menyamakan ratu cantik tersebut dengan watak animasi Cinderella, iaitu Anastasia, yang terkenal sebagai watak antagonis dan kurang menarik berbanding watak utama.

Perbandingan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen — ada yang terhibur, ada yang menganggap ia sindiran halus terhadap Zionis, dan ada yang memuji keberanian Izara ‘menyengat’ tanpa perlu menulis panjang.
Izara turut meluahkan rasa terhibur apabila mendapati penyokong Zionis dilihat terkesan dengan hantarannya.
Salah satu pencapaian terbesar dalam hidup saya. Saya bangga dengan diri saya kerana dikenali di peringkat antarabangsa hanya melalui satu hantaran kecil.
Netizen Israel Cuba ‘Cari Salah’, Tapi Gagal
Difahamkan, beberapa netizen dari Israel cuba mencari gambar buruk Izara untuk membalas balik namun usaha itu gagal apabila rata-rata gambar yang ditemui tetap memperlihatkan kecantikan pelakon tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
