Written by serenity | January 13th, 2018

Mungkin anda pernah dengar nasihat sesiapa, untuk tidak terlalu berlebihan dalam membenci atau menidakkan sesuatu perkara supaya tidak diuji suatu hari nanti. Begitu juga dengan Zulin Aziz yang hanya ingin memberi jawapan selamat.

Dalam satu laporan Harian Metro, pelakon, pelawak dan pengacara Zulin Aziz menjawab tidak kisah bermadu apabila ditanya sama ada dia sudi berkahwin dengan suami orang:

Bujang, duda atau suami orang bukan isu besar bagi saya. Asalkan dia memiliki kualiti yang saya cari

Lagipun, siapa saya untuk persoalkan ketentuan Ilahi. Kalau boleh, memanglah mahu cari lelaki bujang tetapi saya tidak boleh terlalu ikut kehendak hati kerana soal jodoh bukan kuasa kita.

Dia turut berseloroh:

Jadi, mana-mana isteri yang tidak mahu bermadu dengan saya, banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya.

Bagaimanapun komen seorang Netizen di Facebook Harian Metro mengguris perasaan Zulin, menyebabkan dia membalas komen tersebut. Zulin mendapat sokongan peminat-peminatnya yang turut membalas komen wanita tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya mendakwa akan memfailkan saman terhadap Zulin kerana buli siber. Zulin memuat naik komen wanita itu dan menulis:

Saya yang difitnah saya pulak yg kena saman ke? Sebab suaminya peguam? Saya ada segala bukti. Alhamdulillah syukur saya screenshot semuanya sebelum awak delete komen-komen awak tadi. Tidak ada satu perkataan dari saya pun menfitnah awak .Malah awak yg buat itu terhadap saya

Saya sekadar bagi ruang pada awak untuk luahkan apa awak rasa oleh kerana awak keep comment saya dan menghentam saya secara terbuka.

Sekiranya awak tidak mahu identiti awak dikenali adalah pekara paling mustahil sekali apabila dari awalnya awak menulis di ruang comment melalui akaun Facebook awak sendiri dan sekiranya saya tidak post tentang awak tetap masih public boleh baca segala tohmahan awak terhadap saya.

Apabila saya bertindak begitu awak pula yang delete segala comment dan buat laporan terhadap saya kes cyberbullying. Siapa yang buli siapa?

Mereka-mereka ni tak backup saya kalau saya yang salah. Awak lupa Allah tu ada.Allah sentiasa bersama dengan org yang benar. Allah jugalah hakim kita

Inilah dunia sekarang.siapa yg benar menjadi salah.tidak ada satu pun kata maaf dari pihaknya malah begini caranya.

Ya Allah.

Ego manusia itu tidak dapat mengalahkan kuasamu..apatahlagi undang-undang dunia.
Aku juga takkan pernah takut sbb aku ditempat yg benar. Allah bersamaku.Amin ya rab.

Zulin juga memberitahu jawapan kepada Harian Metro hanya jawapan yang selamat kerana dia tidak mahu berkata tidak kepada sesuatu kemudian melakukannya pula kemudian hari. Hakikatnya dia tidak berkawan rapat dengan mana-mana suami orang, hanya dengan yang bujang sahaja. Zulin kemudiannya memuat naik komen asal yang dikongsi wanita itu di akaun Facebooknya, memanggil Zulin “perempuan Melayu sundal”.

26220088_1993400054008317_1441787497940656030_n

Zulin juga mendakwa terdapat komen-komen lain yang dibuat wanita itu dan dia telah membuat salinan semua komen wanita itu termasuk yang lucah sebagai pembuktian bahawa bukan dia yang memulakan perselisihan.

Zulin mendapat banyak sokongan dari peminatnya yang turut memuat naik komen-komen yang dibuat wanita itu sebelum dia memadamnya.

Susah juga jadi artis ini. Tak semena-mena pula dicaci hanya kerana memberi jawapan selamat apabila ditanya oleh pihak media. Semoga satu penyelesaian terbaik dapat dicapai antara kedua belah pihak. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

50 responses to Gara-gara Gurauan Mengenai Bermadu, Zulin Aziz Berbalah Dengan Netizen

  1. Anonymous says:

    Kelakar. Yang bujang desperate berlaki. Yang dah kahwin insecure hidup dalam ketakutan takut laki disambar orang.

    44

    0
    • Miss Unibes says:

      Betul lah tu. Kalau bermadu lah yg tertulis buat ZA nak buat macam mana. Allah yg atur semua. Lagipun masjid sekarang memang perlu di extend terutama tempat wudhu, toilet dan stor. Juga tempat memandikan mayat. Extend seluasnya asalkan bajet cukup.

      40

      1
      • Anyn says:

        Bermadu la laki dh hidup senang. Time susah dgn bini pertama. Standard la artis sanggup berkongsi time laki org dah senang……. Gelak pun mcm langsuir

        7

        0
    • o says:

      yg stu bende ak tak faham…yg pengkomen tu katenye suami lawyer patot lebey tahu undang2..komen berbaur fitnah pada individu scr terbuka mmg ko berhak disaman beb..mmg la zulin beri komen psl bermadu tu x sdp didengar tp ,komen die tak berbaur fitnah or aibkan sesape…x bijak lgsg komen ko…hahahahaha..then meroyan pulak nk sman org yg ko hina. ..pdhl u re the one yg start…nk tegur or bagi statement ko x stju dgn prbuatn or statement artis kene la bijak sket weii.bnyk kate2 yg lebih murni ko bole gune…yg ko pegi hina maki die da nape..nati bukan kire ko bini peguam kee..kang x psl2 femes kene viral..kene saman plak tu…huhu

      23

      0
    • Sisturnina says:

      Itulah masalah kalau iman senipis kulit kentang. Bila hati hanya penuh kasih sayang manusia….hidup x tenteram sebab tahu hati boleh berubah. cubalah penuhkan dengan kasih sayang Tuhan….hati pasti Aman. #ustajahmukabuku

      7

      0
    • Anonymous says:

      Aku rasa dia bagi jawapan selamat je. Jawapan standard bila org tny. Kan dia cakap kalau boleh nak yg bujang. Korang ni dah kenapa nampak yg ‘tak kisah kahwin laki orang’ je? Kalau korang tetiba ada stranger komen cakap korang sundal, tak marah ke? Nasib Zulin tu tak saman pompuan gila tu. Kalau aku memang saman je bagi pengajaran sikit. Nak komen ke apa biar berfikir dulu.

      4

      0
  2. saya anak malaysia says:

    Kau pun satu gatal…kau pelawa suami org yg berahi nafsu mcm datuk Red tu pun apa lagi…perempuan gemok mmg bebal cakap tak fikir

    7

    24
  3. Whops says:

    Tak minat. Gemok

    2

    23
  4. sakeenah john says:

    berok kat utan lagi lawo dari dia nie..

    0

    21
    • Anonymous says:

      Awak yg komen ni mesti muka ala2 Ms unibes kan?? Ahaks..

      13

      0
    • kakak jiran says:

      laaaa.. kesian kann.. mesti ko pun keturunan beruk utan…. sbb tu ko kata beruk utan lawo dari manusia.. sbb beruk utan pun suka spesis beruk utan jer… opss…

      2

      -1
  5. Anonymous says:

    Lain kali nak bg statement biar beradab sikit,mmg klu dgn sape jodoh tu telah ditetapkan tp jg mulut dan perkataan tu sikit,cara si Zulin ni buat statement pun mmg poyo sgt,mcm cantik n jelita sgt suruh wife2 org ni berdoa supaya laki diorg x jatuh hati dgn dia,klu yg bujang pun xnak lg sggp pilih yg lbh tua dari kau,lbh baik ko muhasabah diri tu dl,laki org pun klu nak cari bini nak yg meletop n slim cantik cam fazura tu ke mcm neelofa ke..

    25

    1
  6. Anonymous says:

    Padan muka sape suruh bg statement mcm tu,mmg nmpk desperate sgt nak kawen tp yg bujang xnk kot,klu xnk org komen yg x elok jgn buat statement merapu mcm tu,selalunya klu dah ckp mcm ni hint2 dan kawan dgn laki org ni,mcm si izreen tu..

    10

    6
  7. Hannaia says:

    Durra Hatta …so insecure …. Pompuan gile ….sorry durra hatta dapat hubby yg gatai …kau mesti tak tau jaga laki ……Zulin tu patut report polis sbb kau panggil dia su**al…

    11

    6
    • Anonymous says:

      Amboi…mulut,kutuk durra hatta mulut kau pun sama jahatnya,jaga laki atau bf ko sendiri sudah,jgn melebih sgt kutuk krg takut kena kat diri sendiri..

      4

      3
      • Anonymous says:

        Memang sah sah pompuan gile …now sorok pulak …..soon mesti keluar stmt account kena hack ler …kau tu penjilat tegar dura hatta ke ? Apa dia upah kau …

        Hei betina kena apa kat diri sendiri …kau tu jaga….

        6

        1
    • Anonymous says:

      kata laki org gatal… skali kena kt batang hidung sdiri dik… bila si zulin ni betul2 extend masjid mcm si izreen tu, barulah tau lawak ke idak lepas tu…

      1

      0
  8. Niat says:

    Korang ada anak perempuan. Saudara mara perempuan. Kalo ada.. Doakan yg baik2 shj..

    6

    0
  9. kisas nanti says:

    dia panas sbb mungkin husband dia pnh puji2 zulin agaknya..adoi cik kak..dunia ni berputar ya, igt sikit u tu ada anak perempuan, hari ni u s****l kan org,x mustahil satu hari nt org lain buat mcm tu dkt anak u. Minta dijauhkan la.

    7

    2
  10. Anonymous says:

    Bukan sbb isu ada anak perempuan atau saudara pompuan,kome pun ada sedara pompuan,ank pompuan jgn ckp melebih sgt kat org yg ada ank pompuan la,sedara pompuan le,adik pompuan ler,dlm dunia ni semua org ada sedara pompuan,lain kali ckp biar beradab termsk bergurau secara public bila respon dr gurauan tu dpt yg negatif nak meroyan pula???yg menyokong pun sama poyo gak,cuma nak bgtau,yg pesan suruh jg ank2,adik beradik,sedara2 pompuan tu,lbh baik korg pun jg diri elok2,jg laki elok n jg keluarga korg elok2 jg,jgn sibuk nak kondem org terlps pndg kat sedara2 pompuan atau ank2 pompuan korg eh..

    6

    0
  11. Anonymous says:

    Aku syak yg komen bidas balik ke yataan si Zulin ni,Zulin sendiri haha….

    1

    5
    • Anonymous says:

      Takkkkkkk bukan Zulin

      1

      1
    • Sisturnina says:

      Aku bukan zulin.peminat pun tak…tapi dah mcm bodohlah…suka hati panggil org sundal. Kau nak ke org panggil kau sundal? Nak marah pun pada2. Adab mcm jahiliah ke apa ni? Low class walau suami professional.

      11

      1
  12. Debbie says:

    Dah nak kena saman play victim card. Aku harap minah tu saman je retis tak laku ni.

    2

    7
  13. Anti bawang says:

    Yg so called bini lawyer tu meroyan tak pasal2 aperhal? Spesies makcik bawang ker? Bhs pun blh tahan cam jamban pastu corner baring kater org buli dia balik. Insecure sgt. Pd sy betul pun jwpn zulin tu. Ckp biar berlapik. Jgn bongkak dgn statement Allah bagi setepek kat muka baru tahu. Jd dia bg jwpn selamat. Agree to disagree lah. Ko tak stuju pendapat dia knp sampai perlu menyundalkqn org? Emosional sgt tak bertempat

    16

    0
  14. perfect says:

    Nothing is wrong about what she said, kalau sudah ketentuan Allah nak buat macam mana? But the part “banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya” was so uncalled and unecessary. Tak heranlah if ada hati yang terasa, can’t blame the too!

    18

    0
  15. kak mah kebabom says:

    Zulin oi hang pun atut2 la nak melawak…jgn loklaq sgt..isu poligami ni kan sensitif..bg yg prnh mengalami mgkin depa ada pengalaman yg pedih..bg yg blm kawen mcm hang boleh la buat lawak ckp mcm tu..baik hang minta maaf ja abih cerita…

    9

    0
  16. Anonymous says:

    biase lah kan kalau artis dah up status x kisah duda ke laki org ke kebiasaanye lah mmg dah berkawan lah tu dgn laki org, statement mcm izreen extend dlu sebelum kantoi kawen dgn laki org tanpa pengetahuan 1st wife. izreen extend pon dlu ckp bende yg same gak x kisah duda or laki org asalkan bla bla bla.. ha ni zulin aziz x lame lg extend masjid lah tu, sape laa yg tak bernasib baik dpt si hauk ni, mulut pon cm longkang jugak die ni

    5

    1
  17. Anonymous says:

    habis dgn si penyanyi tu dah x menjadi kena friend zone aje, dgn ahya rosli pon kena friend zone aje, sure ade yg x kena dgn die ni, last option ape lg rembat laki org lah

    5

    3
  18. Anonymous says:

    Yg sokong zulin ni nnt tba2 laki ampa terjatuh hati dgn dia,jgn meroyan pula maki2 dia,berbaik-baik jelah ok..

    3

    7
    • oiu says:

      eh…bukan cmtu kak..mmg la statement die x patot..tp x perlu la pggil org sundal secr terbuka cmtu..itu menghina kak…yg pempuan tu buat…salh nye kat situ la akak oii…

      12

      0
      • Anonymous says:

        Klu x berani nak terima kecaman jgn buat statement bodoh mcm tu,lps tu kena komen mcm2 nak saman pula???lawak betul,Hidup ni berani buat berani tanggung dik oii…

        4

        5
      • Anonymous says:

        Ang berani keluar statement mcm tu berani la tanggung kecaman org adik oitt..adoii…

        3

        4
  19. ohyeah.. says:

    topik nikah kawin dan poligami bukan boleh dijadikan bahan gurauan …pekara amat sensitif. beringat lah lain kali.

    3

    0
  20. Jj says:

    Yg dura hatta tu berani sgt nk gune word sundal tu openly kenape..kne tggungjwbb la prbuatan sndri..skrg kan undang2 psl fitnah siber da ade..kate isteri lawyer..shud be lbih tau n lbih bjak dlm penggunaan kata2 in public..lagi2 media sosial…ak rse zulin bgi comment psl brmadu tu in general ..x sentuh mane2 individu..but u dura hatta..comment yg sgt insecure yg mmg mnjurus pda die..mmg obviously laa die ade hak nk saman ko..lgi2 die public figure..netizen or wrtawn folo account die..mmg x bijak sbb jerat diri sndri..bnyk cara lain klu nk ktengahkan pndpt or x stju..guna la yg lbih brhemah

    3

    1
  21. Ahya says:

    Zulin oi..udah2 la membalas komen kat sini..pi main jauh2

    2

    2
  22. dean winchester says:

    Mmg patut Zulin sama perempuan mcm ni. Tgk profile pic mcm sopan, tp mulut busuk gila. Sedap2 pgl org sundal, siap share post lg. Lupa ke dia ada anak perempuan, igt ye kakak2 semua, mulut tu kena jaga, xsemestinya awak tu better dari org lain smpi blh pgl anak org sundal. Bkn peminat Zulin, tp menyampah ngan perempuan mulut besiaq cmni

    3

    1
  23. pendapat says:

    kita kena ingat ZA.. hanya dtanya dengan soalan dan apa pendapat beliau.. bukan pun melakukannya.. itu hanyalah pendapat.. tapi kita sebagai manusia biasa tidak bolih mentidakkan apa yang akan berlaku..Qada dan Qadar dan ketetapan Allah tidak seorang manusia pun mengetahui.. apalah kuasa kita.. kadang kala apa yang kita takuti dan cuba hindari itulah yang akan Allah bagi sebagai ujian untuk kita.. kadang kala apa yang kita benci itulah yang Allah bagi.. Allah kan maha tau dan maha Adil.. jadi kita sebagai manusia biasa beringat-ingatlah dan bersyukur dan perbanyakan doa agar apa yang kita benci dan cuba hindari tidak terjadi pada kita.. Waallahuwaklam..

    3

    0
  24. naaaaaaaaaaaa says:

    ala rileks lah. okay what dia terus terang. tak mcm setengah org tu, kata taknak laki org bagai. at the end kantoi kawen dgn laki org. seee, jodoh tu semua mmg Allah dah tetapkan.

    0

    0
  25. Anonymous says:

    sayang si dura hatta ni..seorang ibu tapi bahasa cukup menyedihkan. memanggil anak orang sebagai sundal.

    2

    0
  26. benci orang hipokrit says:

    Ala..Zulin Aziz bagi jawapan selamat kot. Yg minah ni nak rasa offended kenapa? Siap post pasal “sundal” tu. Come on la, ke dia ada sejarah laki kena kacau?

    2

    0