Gara-gara Gurauan Mengenai Bermadu, Zulin Aziz Berbalah Dengan Netizen

Hiburan

Gara-gara Gurauan Mengenai Bermadu, Zulin Aziz Berbalah Dengan Netizen

Mungkin anda pernah dengar nasihat sesiapa, untuk tidak terlalu berlebihan dalam membenci atau menidakkan sesuatu perkara supaya tidak diuji suatu hari nanti. Begitu juga dengan Zulin Aziz yang hanya ingin memberi jawapan selamat.

Dalam satu laporan Harian Metro, pelakon, pelawak dan pengacara Zulin Aziz menjawab tidak kisah bermadu apabila ditanya sama ada dia sudi berkahwin dengan suami orang:

Advertisement

Bujang, duda atau suami orang bukan isu besar bagi saya. Asalkan dia memiliki kualiti yang saya cari

Lagipun, siapa saya untuk persoalkan ketentuan Ilahi. Kalau boleh, memanglah mahu cari lelaki bujang tetapi saya tidak boleh terlalu ikut kehendak hati kerana soal jodoh bukan kuasa kita.

Dia turut berseloroh:

Jadi, mana-mana isteri yang tidak mahu bermadu dengan saya, banyaklah berdoa semoga suami mereka tidak jatuh hati dengan saya.

Bagaimanapun komen seorang Netizen di Facebook Harian Metro mengguris perasaan Zulin, menyebabkan dia membalas komen tersebut. Zulin mendapat sokongan peminat-peminatnya yang turut membalas komen wanita tersebut.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya mendakwa akan memfailkan saman terhadap Zulin kerana buli siber. Zulin memuat naik komen wanita itu dan menulis:

Saya yang difitnah saya pulak yg kena saman ke? Sebab suaminya peguam? Saya ada segala bukti. Alhamdulillah syukur saya screenshot semuanya sebelum awak delete komen-komen awak tadi. Tidak ada satu perkataan dari saya pun menfitnah awak .Malah awak yg buat itu terhadap saya

Saya sekadar bagi ruang pada awak untuk luahkan apa awak rasa oleh kerana awak keep comment saya dan menghentam saya secara terbuka.

Sekiranya awak tidak mahu identiti awak dikenali adalah pekara paling mustahil sekali apabila dari awalnya awak menulis di ruang comment melalui akaun Facebook awak sendiri dan sekiranya saya tidak post tentang awak tetap masih public boleh baca segala tohmahan awak terhadap saya.

Apabila saya bertindak begitu awak pula yang delete segala comment dan buat laporan terhadap saya kes cyberbullying. Siapa yang buli siapa?

Mereka-mereka ni tak backup saya kalau saya yang salah. Awak lupa Allah tu ada.Allah sentiasa bersama dengan org yang benar. Allah jugalah hakim kita

Inilah dunia sekarang.siapa yg benar menjadi salah.tidak ada satu pun kata maaf dari pihaknya malah begini caranya.

Ya Allah.

Ego manusia itu tidak dapat mengalahkan kuasamu..apatahlagi undang-undang dunia.
Aku juga takkan pernah takut sbb aku ditempat yg benar. Allah bersamaku.Amin ya rab.

Zulin juga memberitahu jawapan kepada Harian Metro hanya jawapan yang selamat kerana dia tidak mahu berkata tidak kepada sesuatu kemudian melakukannya pula kemudian hari. Hakikatnya dia tidak berkawan rapat dengan mana-mana suami orang, hanya dengan yang bujang sahaja. Zulin kemudiannya memuat naik komen asal yang dikongsi wanita itu di akaun Facebooknya, memanggil Zulin “perempuan Melayu sundal”.

26220088_1993400054008317_1441787497940656030_n

Zulin juga mendakwa terdapat komen-komen lain yang dibuat wanita itu dan dia telah membuat salinan semua komen wanita itu termasuk yang lucah sebagai pembuktian bahawa bukan dia yang memulakan perselisihan.

Zulin mendapat banyak sokongan dari peminatnya yang turut memuat naik komen-komen yang dibuat wanita itu sebelum dia memadamnya.

Susah juga jadi artis ini. Tak semena-mena pula dicaci hanya kerana memberi jawapan selamat apabila ditanya oleh pihak media. Semoga satu penyelesaian terbaik dapat dicapai antara kedua belah pihak. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...