Gara-gara berenang dan berposing manja bersama ikan lumba-lumba, pelakon dan pengacara Neelofa didakwa mengeksploitasi haiwan terancam. Teguran itu dibuat oleh personaliti dan aktivis kehidupan liar, Rina Omar secara terbuka menerusi akaun Twitternya.
Rina berpendapat pengaruh yang Neelofa miliki sebagai seorang selebriti popular akan mengalakkan lagi orang ramai untuk menyokong tempat tarikan ikan lumba-lumba tersebut.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Rina dan tindakan Neelofa itu kini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Pada pendapat kami, Neelofa hanya berseronok sahaja dan tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeksploitasi spesis terancam itu. Mungkin lebih elok untuk membuat teguran secara peribadi dengan Neelofa sendiri daripada mencetuskan spekulasi dan orang ramai terus menghentam selebriti tersebut.