Gara-gara Dituduh Hamilkan Gadis, Raja Afiq Tiada Job, Kini Jual Roti Jala

Hiburan

Gara-gara Dituduh Hamilkan Gadis, Raja Afiq Tiada Job, Kini Jual Roti Jala

Baru-baru ini, seorang gadis telah membuat pengakuan kepada mStar Online bahawa dia telah dihamilkan oleh seorang aktor drama popular yang juga merupakan bekas kekasihnya hingga melahirkan bayi lelaki pada Oktober lepas. Gadis Sarawak itu mendakwa segala bentuk komunikasinya dengan aktor itu telah disekat sedangkan dia berharap aktor itu akan turut bertanggungjawab menanggung kos perbelanjaan anak mereka.

Enggan mendedahkan identiti aktor tersebut, gadis itu meminta sang aktor untuk menghubunginya secara peribadi bagi membincangkan penyelesaian masalah mereka. Pengakuan berani itu menjadi perbualan hangat Netizen, dan antara pelakon yang dispekulasi sebagai pemuda yang menghamilkan gadis itu ialah Raja Afiq.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Gadis itu kini telah tampil membuat kenyataan terbaru bahawa anak yang telah dilahirkannya itu bukanlah anak mana-mana pelakon seperti didakwanya. Dia meminta maaf dan berkata dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki yang sudi menerimanya.

Namun, Berita Harian Online malaporkan gosip itu membawa kesan terhadap kerjaya Raja Afiq apabila dia tidak lagi mendapat tawaran berlakon setelah dikaitkan netizen dengan tuduhan itu dan pernah juga namanya digugurkan dari produksi pada saat akhir. Justeru, demi kelangsungan hidup, dia kini menjual Rori Jala dan Brownies untuk menampung perbelanjaan diri dan keluarganya.

Saya tidak malu menjual roti jala dan brownies di gerai untuk menampung hidup. Saya juga menerima tempahan di laman sosial dan sanggup menghantar sendiri kepada pelanggan.

Alhamdulillah, biarpun tidak banyak, sekurang-kurangnya ada rezeki yang masuk. Tiada guna saya terus menyalahkan takdir yang tertulis.

Saya harus bangkit demi keluarga. Menangis air mata darah sekalipun, saya harus meneruskan hidup. Saya bukan orang senang, selain turut menanggung keluarga.

Apa yang akan mereka makan jika saya terus meratapi nasib? Komitmen lain seperti kereta dan rumah juga harus dibayar.

Sebelum ini, dia tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana baginya, tidak perlu dia bersuara mengenai kisah itu yang tiada kaitan dengan dirinya:

Tidak sangka tindakan itu membuatkan saya menjadi mangsa hingga kerjaya lakonan hampir terkubur. Saya tidak tahu apa salah dan silap saya.

Gosip itu terlalu kejam hingga ada yang menganggap, saya berperangai buruk seperti itu.

Yakin doa orang teraniaya akan dimakbulkan, Raja Afiq bersyukur apabila gadis itu membuat pengakuan anak yang dilahirkannya bukanlah anak selebriti:

Alhamdulillah, akhirnya gadis itu membuat pengakuan bayi yang dikandungnya bukan hasil hubungan dengan artis.

Saya bersyukur Allah tunjukkan jalan yang sebenar. Tidak adil untuk terus meletakkan hukuman kepada saya dan rakan artis lain yang namanya turut dipalit sama.

Ia ibarat penganiayaan apabila periuk nasi saya ditabur pasir.

Memang kes aniaya betul cerita Raja Afiq ini. Tak pasal-pasal pula dituduh hamilkan anak orang gara-gara cerita gadis itu. Semoga dengan pencerahan ini, Raja Afiq akan kembali menerima tawaran berlakon yang mencurah. Rasanya baru juga tengok dia berlakon dalam drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku bergandingan dengan Puteri Aishah, kan? – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...