Pelakon Maya Karin mendedahkan dia terlepas peluang untuk membintangi filem Box Office Crazy Rich Asian bersama bintang terkenal, Henry Golding empat tahun lalu gara-gara diserang penyakit anxiety yang teruk.
Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke berkata dia gagal melakukan ujibakat tersebut dengan baik akibat penyakit gangguan psikologi yang dihadapinya itu sejak tujuh tahun lalu.
Maya, 42, menjelaskan dia ada hadiri ujibakat untuk Crazy Rich Asians tetapi serangan anxiety sangat teruk ketika itu yang menyebabkan dia tidak dapat berbuat dengan baik.
Anxiety saya bermula tujuh atau lapan tahun yang lalu saya tak tahu berpunca daripada mana, tapi ayah saya kata mungkin kerana terlalu sibuk bekerja sehingga tak cukup rehat.
Tambah Pelakon munafik 2 itu, ia seperti satu tahap dalam kehidupan di mana mungkin kita teringatkan sesuatu atau sesuatu perkara berlaku yang akan trigger anxiety.
Tangan saya akan mula menggigil apabila mula mendapat serangan anxiety, kalau saya tak dapat mengawalnya, saya tak mampu nak pegang gelas sebab menggigil teruk.
Dalam pada itu, Maya juga berkata dia pernah cuba mengatasi penyakit itu dengan melakukan sukan menyelam. Namun malangnya dia tiba-tiba diserang panic attack ketika menyelam yang memburukkan lagi keadaan nya.
Perkongsian Maya itu dilakukan secara IG Live menerusi laman Instagram Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) sebagai usaha menyemarakkan sambutan Festival Filem Malaysia ke 31 (FFM31) Yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.