Gara-Gara Digigit Tikus Di Tempat Letak Kenderaan, Didi Astillah Terpaksa Diberi Suntikan

Hiburan

Gara-Gara Digigit Tikus Di Tempat Letak Kenderaan, Didi Astillah Terpaksa Diberi Suntikan

Mendedahkan kepada umum bahawa dirinya berdepan detik cemas apabila kakinya digigit tikus sewaktu berada di tempat letak kereta di Kuala Lumpur kemarin, pelakon dan penyanyi Didi Astilah kongsi kisah tersebut di laman Instagramnya.

Gara-Gara Digigit Tikus Di Tempat Letak Kenderaan, Didi Astilah Terpaksa Diberi Suntikan

Advertisement

Menurut adik ipar penyanyi Aliff Aziz ini, tikus berkenaan berlari di atas kakinya dan oleh kerana terkejut, Didi dengan tidak sengaja terpijak haiwan tersebut dan ia membuatkan tikus itu terus menggigit kakinya.

“Didi terkejut ada tikus gemuk lari kat kaki Didi dan Didi terpijak dia. Lepas tu jerit kuat gila jadi mungkin disebabkan jeritan tu kuat sangat tikus tu pun terkejut juga dan gigit kaki Didi.”

Bagaimanapun, Didi memaklumkan, kakinya kini kian sembuh dan tiada apa-apa yang kritikal berlaku terhadap dirinya.

“Bila tengok kat kaki dah ada darah. Terus panik jap bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Women. Tapi Alhamdulillah setakat ini. Cuma harini kaki bengkak.”

Dalam pada itu, Didi memberitahu beliau terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Gara-Gara Digigit Tikus Di Tempat Letak Kenderaan, Didi Astilah Terpaksa Diberi Suntikan

“Kaki kena gigit tikus. Lepastu pergi klinik kena suntikan pula (benda paling Didi tak suka dari sekolah rendah dulu) haihhhh dugaan.”

Seperti sudah dijangka, menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikutnya di laman berkenaan dilihat begitu prihatin dengan kondusi kesihatan Didi. Ramai dalam kalangan peminat turut mendoakan agar segala urusan Didi dipermudahkan dan berharap agar tiada kecederaan serius berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...