Gara-Gara Cabaran ‘Cabut Dan Lari’, Dua Sahabat Dikecam Buat Kerja Bodoh

Trending

Gara-Gara Cabaran ‘Cabut Dan Lari’, Dua Sahabat Dikecam Buat Kerja Bodoh

Niat dua sahabat untuk menghiburkan pengikut mereka di Instagram (IG) mengundang padah apabila video mereka melakukan cabaran #janganbayarchallenge dikecam netizen.

takbayar

Advertisement

Video tersebut dimuat naik di IG pengguna akaun @zairulgriezmann sejak dua hari lalu.

Rata-rata netizen menyifatkan cabaran yang diketengahkan sebagai perbuatan tidak bermoral dan bodoh.

takbayar

takbayar

takbayar

takbayar

Malah, isu tersebut menjadi hangat apabila seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kesal dengan video cabaran tersebut.

Tweet miliknya yang berbunyi “Seorang bapa dipenjara kerana mencuri makanan untuk diberi makan kepada anak-anaknya yang kelaparan. Instafamous tergamak buat cabaran bodoh ini. Sebelum saya rakam skrin (video) saya baca komen dan mereka bangga dakwa tak bayar. Mencuri adalah berdosa tetapi mereka amat bangga” diulang kicau lebih 16,000 kali dan mendapat 6,068 tanda suka.

takbayar

Susulan kecaman hebat netizen, Mohd Zairul Hafizi Khalis yang juga pemilik akaun Instagram @zairulgriemann tampil menjelaskan kisah di sebalik video cabaran tersebut.

Mohd Zairul mendedahkan adegan tersebut sebenarnya dilakonkan semula hanya selepas dia membayar makanan atau minuman yang dilarikannya.

“Sebenarnya saya dan seorang lagi rakan saya Muiz, buat video tersebut sebab nak hiburkan orang dekat IG. Dan kami sudahpun berpakat dengan semua yang terlibat dalam video tersebut.

“Mereka semua kawan-kawan saya. Sebenarnya kami dah bayar dulu, kemudian barulah kami buat video. Kami siap minta izin dekat mereka terlebih dahulu boleh ke tak berlakon macam tu,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

Challenge terbaru, Tag kawan korang ! #zairulbuathal #jarangtakbuathal

A post shared by mohd zairul (@zairulgriezmann) on

Meskipun kecewa dengan kritikan netizen, Mohd Zairul dan rakannya, Muhammad Muizzuddin Abdul Mutalib memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan video tersebut.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...