Sebelum ini, penyanyi Mimi Fly menerima kecaman segelintir pihak mengenai penampilannya dalam video muzik lagu Serumpun dikatakan tidak sesuai dengan sambutan perayaan Aidilfitri.
Difahamkan, video muzik tersebut juga sudah ‘hilang’ dan tidak boleh dicari lagi di saluran YouTube.
Perkara itu dibangkitkan netizen di Twitter di mana mereka meluahkan rasa sedih apabila sudah tidak boleh menonton video muzik lagu raya itu.
Namun ada juga yang berpendapat bahawa video muzik itu diletakkan dalam mod ‘privasi’ dan tidak boleh diakses orang ramai gara-gara kecaman yang diterima Mimi sebelum ini.
Terdahulu, Mimi dikecam kerana tampil berkemban dalam video muzik tersebut.
Malah, perkara tersebut turut mendapat tumpuan parti politik Wanita Amanah Wilayah Persekutuan yang mengecam penghasilan video muzik itu yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam serta maksud sebenar Aidilfitri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.