Gara-gara Bergurau Ingin ‘Lambung’ Gadis, Seorang Pemuda Terpaksa Minta Maaf

Trending

Gara-gara Bergurau Ingin ‘Lambung’ Gadis, Seorang Pemuda Terpaksa Minta Maaf

Seorang gadis mendedahkan di Twitter bahawa seorang pemuda yang merupakan senior di tempat kerjanya telah menghantar mesej kepadanya. Mesej tersebut bagaimanapun menyebabkannya rasa terganggu kerana berunsur lucah.


Advertisement

Ramai Netizen mempersoalkan istilah ‘senang nak lambung-lambung’ yang digunakan lelaki itu yang disifatkan berunsur gangguan seksual. Ramai yang meminta gadis itu membuat laporan kepada majikan tempat kerjanya.

Bagaimanapun, luahan gadis itu yang tular telah sampai ke pengetahuan Bahagian Sumber Manusia tempat kerjanya dan lelaki itu kemudiannya meminta maaf.

Walaupun begitu, ada yang menganggap permohonan maaf itu tidak ikhlas dan ‘sekadar melepaskan batok di tangga’, apatah lagi pemuda yang tidak dinamakan itu seolah-olah menyalahkan si gadis kerana memuat naik perbualan mereka ke media sosial. Netizen meminta agar gadis itu supaya tidak merasa bersalah.

Apa pun berpada-padalah jika ingin bergurau dengan orang lain. Apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan ‘lambung-lambung’?

Ini satu perkara yang serius dan dan tidak sepatutnya dilakukan pada seorang gadis. Diharap pemuda itu telah mendapat pengajaran. – amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...