Seorang orang kurang upaya (OKU) lembam didakwa membunuh seorang pengemis dalam prosiding tertutup di Hospital Shah Alam.
Tertuduh, Mohammad Fauzan Adib bin Abd. Aziz, han ya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mislia Mohd. Aris.

gambar hiasan
Memetik laporan Kosmo! Online, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya. Alia Anisa Khairus Masnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, prosiding itu dijalankan secara tertutup di wad pemerhatian HSA kira-kira pukul 10:22 pagi.
Ini selepas tertuduh masih menerima rawatan akibat penyakit sawan dialaminya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun jika disabitkan bersalah.
Sebelum ini media melaporkan seorang pengemis bertindak menikam pengemis yang lain hingga mati di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 gara-gara berebut tempat meminta sedekah.

gambar hiasan
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.