Gara-Gara Bawa Watak Farah Dalam Drama Hati Yang Tersakiti, Mimi Lana ‘Dibenci’ Netizen

Hiburan

Gara-Gara Bawa Watak Farah Dalam Drama Hati Yang Tersakiti, Mimi Lana ‘Dibenci’ Netizen

Nampaknya, populariti drama Hati Yang Tersakiti yang kini ditayangkan di saluran televisyen TV3 mendapat perhatian penonton dek kerana konflik keluarga dan persahabatan yang meruntun jiwa.

Membawa watak Farah, pelakon Mimi Lana mengakui dirinya menjadi sasaran untuk dibenci peminat drama kerana membawa watak orang ketiga yang mengakibatkan perpecahan rumah tangga sahabat baiknya sendiri.

Advertisement

Watak antagonis yang dibawa Mimi dalam drama tersebut ternyata telah menjadi bualan netizen dan ramai juga yang meluahkan rasa geram dengan watak Farah tersebut.

View this post on Instagram

What do you think about #hatiyangtersakiti ? Kami hanya mampu gelak ?

A post shared by MIMS (@missmimilana) on

Kalau penonton drama dah ‘geram’ dan ‘benci’ dengan Mimi Lana itu, kiranya menjadilah pembawaan watak Farah yang iri hati dengan kebahagiaan Mona dan Haris yang masing-masing dibawa oleh Nad Zainal dan Remy Ishak itu.

Drama Hati Yang Tersakiti turut dibintangi artis hebat lain seperti Riz Amin, Rahim Jelani, Fad Anuar dan ramai lagi. Ianya bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam menerusi slot Samarinda TV3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...