Gara-Gara Bantu Pengusaha Makanan, Siti Nurhaliza Diangkat Antara 100 Selebriti Paling Berpengaruh Di Asia Pasifik

Hiburan

Gara-Gara Bantu Pengusaha Makanan, Siti Nurhaliza Diangkat Antara 100 Selebriti Paling Berpengaruh Di Asia Pasifik

Hanya berhasrat ingin membantu golongan yang terkesan terutama sekali pengusaha makanan ketika pandemik COVID-19 dengan mempromosikan produk makanan yang dihantar ke pintu rumahnya di laman Instagram, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kini telah mendapat perhatian media antarabangsa, Forbes.

Advertisement

Menurut laporan Gempak, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti ini tersenarai antara 100 selebriti paling berpengaruh di media sosial di rantau Asia Pasifik.

Penyenaraian itu dibuat Forbes atas usahanya membantu golongan yang terjejas dengan mempromosikan perniagaan mereka kepada kepada hampir 8 juta pengikutnya di laman Instagram.

Bahkan, detik gembira itu juga turut dipahat Tokti menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman tersebut tempoh hari.

“Alhamdulillah. Semoga usaha kecil ini dapat memberikan manfaat kepada kita bersama-sama. Terima kasih banyak @forbesasia.”

Laporan juga menyatakan, selain aktif berinteraksi dengan pengikutnya, pemilihan itu dibuat berdasarkan pengaruh penyanyi yang kini hamil anak kedua itu di laman sosial.

Lebih menarik, selain Tokti, usahawan tersohor tanah air iaitu Neelofa juga antara yang tersenarai bersama nama-nama besar lain termasuklah Blackpink, EXO, Amitabh Bachchan, Jay Chou, Akshay Kumar dan Chris Hemsworth.

Untuk rekod, selain menghulurkan bantuan terutama sekali ketika pandemik COVID-19, pemilihan itu ditentukan berdasarkan kemampuan selebriti itu sendiri menggunakan pengaruhnya dalam meningkatkan kesedaran kepada orang ramai.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...