Gara-Gara Aplikasi Cintaku, Penggangur Rugi RM418,400 Diperdaya ‘Love Scam’

Trending

Gara-Gara Aplikasi Cintaku, Penggangur Rugi RM418,400 Diperdaya ‘Love Scam’

Terlalu banyak taktik dan modus yang digunakan scammer untuk mengaut keuntungan. Rata-rata yang ditipu pasti mengalami kerugian yang sangat besar.

Terbaru, keterujaan seorang penganggur untuk menerima hadiah wang 18,000 Euro (RM89,700) daripada kenalannya dari Perancis membawa padah apabila dia kerugian RM418,400 selepas tertipu dengan Love Scam. Banyak tu..

Lebih menyedihkan apabila wang terbabit ialah daripada hasil simpanan gaji ibu pengadu yang juga seorang guru.

Kejadian bermula pada 22 Disember tahun lalu apabila mangsa berusia 28 tahun menerima satu pesanan menerusi Aplikasi Cintaku daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Khalish.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, lelaki itu mendakwa dirinya seorang ahli perniagaan dan menetap di Perancis dan mahu berkenaan dengan mangsa.

Menurutnya, selepas lima hari perkenalan lelaki berkenaan memaklumkan mahu mengirimkan wang sebagai hadiah dan meminta mangsa memberikan akaun bank bagi tujuan pemindahan.

“Mangsa kemudian memberikan nombor akaun dan suspek menghantar gambar cek berjumlah 18,000 euro atas nama mangsa”

“Pada 27 Disember lalu, jam 7.37 pagi mangsa telah menerima satu pesanan menerusi emel memaklumkan wang itu akan diterima berjumlah RM89,700 namun mangsa perlu membuat pembayaran berjumlah RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Wazir berkata, mangsa yang berasal dari Jerantut itu terus membuat pembayaran seperti diminta pada hari sama.

Selepas itu suspek kerap meminta wang untuk tujuan pemprosesan bagi menghantar hadiah itu.

Advertisement

“Justeru, mangsa telah membuat 44 transaksi membabitkan kerugian RM418,400 dalam sembilan akaun bank bermula 27 Disember tahun lalu sehingga 19 Februari lalu,” katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut setelah merasakan dirinya tertipu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...