October 17th, 2019

Mendakwa dirinya digantung tidak bertali selama empat bulan, penyanyi dan pelakon Lufya Omar nekad tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Dr Che Muhammad Hafiz dan sudah memfailkan cerai bulan lalu. Bagaimanapun, dia terkilan dengan suaminya yang tidak hadir ke mahkamah untuk sebutan permohonan cerai semalam dan seakan ingin melengahkan masa menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

lufya digantung tidak bertali

Menjawab dakwaan isterinya itu, Dr Che Hafiz mengatakan dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan baik. Tidak pernah menganiaya Lufya seperti yang didakwa.

Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab, itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami.

lufya omar cerai

Tidak pernah lagi saya mengabaikan anak kami seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak tinggal sebumbung.

Ditanya mengenai ketidakhadirannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya semalam, Dr Che Hafiz menjelaskan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada pihak mahkamah. Dia juga tidak mahu mengulas lanjut tentang isu berkenaan.

dr che hafiz sindir lufya

Saya tidak mahu mengulas mengenai isu tidak hadir ke mahkamah sebab saya sudah berurusan dan memaklumkan perkara itu kepada pihak mahkamah melalui surat.

Terdahulu, Lufya berkata dirinya sudah tidak sanggup lagi meneruskan rumah tangga yang penuh toksik. Merasakan jiwanya didera disebabkan perbuatan suamiya itu yang didakwa gagal menjalankan tanggungjawab terhadap dia dan anak perempuan mereka.

Sumber Berita : mStar Online

23 responses to “Gantung Tak Bertali? Itu Kena Tanya Dia, Saya Sudah Jalankan Tanggungjawab – Dr Che Hafiz”

  1. Anonymous says:

    Ko nk apa lg setannnnn kalau dah tak tinggal sebumbung hampir stgh tahun lepaskan jek la bini ko tuh. Ini yg susah dgn mahkamah syariah… nk jugak tggu lelaki walau lelaki tak nk bg kejesama. Benda mcm ni aku sokong sisters in islam.. diorang mmg selalu highlight psl gantung tak bertali – kepincangan syariah court. Kesian pompuan kalau jd camni. Jahat doh lelaki mcm che hafiz nih

  2. wekkkkkkk says:

    Lama2 jtuh juga talak…dlm surat nikh kn ada ckp..lebih kurg mcm ni

    ..whenever I leave my wife..( luftya) for a period of four months Qamariah continuously or more..whenever voluntarily or by compulsion..or I or my representative do not give her maintenance for a period of four months Qamariah..continuously or move whereas she is obedient to me..or if I cause hurt to her person of her honour or her property..or cause abuse or any Darat Syarie..and then she makes a complaint ..to the Syariah Court and if it is found by the Syariah Court to be true..and she gives to the Syariah Court which received on my behalf s sum of rm10.00..then she is divorced by s falaq khulu”.

    Ha..msih tak fhm kome ye..check balik sijil nikh memasing..

    Aku wekk…retaip semula je..manalah aku boleh hafal mcm tu..aku taip dri sijil nikah aku yg sudah di alih bahasa ke English..

    wekk inform sekali lagi..

  3. makbawangputih says:

    skrg aku lebih prcyakn lufya..jantan dayus…ko lpas kn jelah dia baik2..bt apa nk dera emosi dia…aiiiiii xboleh aku mamat ni….

  4. tipahhhh says:

    so terbuktilah lufya ni memang terdera secara mental dgn laki dia ni, kalau fizikal xberani ckp sbb xde bukti. aku tgok cara mamat ni pon boleh tekanan perasaan jadiknya. lelaki kalau gentlement, settle n face la apa situasi pun. Busuk2 sharnaz tu, ha ko tengok apa dia buat. Itu baru lelaki. Tang bini buat apa semua pandai ko bidas, tapi tang ko, PRIVACY. Korok mu.

  5. Anonymous says:

    Baiklah, jujur sekali, dalam pendapat saya yang sederhana, jelas tanpa menyinggung sesiapa yang berfikir secara berbeza dari pandangan saya, tetapi juga melihat soalan itu dalam perspektif yang berbeza dan tanpa mengutuk pandangan seseorang, dengan mengambil kira semua pendapat yang sah Saya jujur percaya bahawa saya telah melupakan apa yang saya katakan …<<dun get it huhuhu??

Tinggalkan Komen Anda Di Sini