October 17th, 2019

Mendakwa dirinya digantung tidak bertali selama empat bulan, penyanyi dan pelakon Lufya Omar nekad tidak mahu meneruskan perkahwinannya dengan Dr Che Muhammad Hafiz dan sudah memfailkan cerai bulan lalu. Bagaimanapun, dia terkilan dengan suaminya yang tidak hadir ke mahkamah untuk sebutan permohonan cerai semalam dan seakan ingin melengahkan masa menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

lufya digantung tidak bertali

Menjawab dakwaan isterinya itu, Dr Che Hafiz mengatakan dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan baik. Tidak pernah menganiaya Lufya seperti yang didakwa.

Dakwaan tentang gantung tak bertali dan tidak menjalankan tanggungjawab, itu kena tanya dia sendiri. Sebab untuk pengetahuan semua, saya sudah menjalankan tanggungjawab terhadap anak kami.

lufya omar cerai

Tidak pernah lagi saya mengabaikan anak kami seperti yang didakwa. Cuma, kalau ada yang dia keluar pergi mana-mana tu, saya tidak tahu sebab kami tidak tinggal sebumbung.

Ditanya mengenai ketidakhadirannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya semalam, Dr Che Hafiz menjelaskan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada pihak mahkamah. Dia juga tidak mahu mengulas lanjut tentang isu berkenaan.

dr che hafiz sindir lufya

Saya tidak mahu mengulas mengenai isu tidak hadir ke mahkamah sebab saya sudah berurusan dan memaklumkan perkara itu kepada pihak mahkamah melalui surat.

Terdahulu, Lufya berkata dirinya sudah tidak sanggup lagi meneruskan rumah tangga yang penuh toksik. Merasakan jiwanya didera disebabkan perbuatan suamiya itu yang didakwa gagal menjalankan tanggungjawab terhadap dia dan anak perempuan mereka.

Sumber Berita : mStar Online

23 responses to “Gantung Tak Bertali? Itu Kena Tanya Dia, Saya Sudah Jalankan Tanggungjawab – Dr Che Hafiz”

  1. Sis-tur-sung-kur-jua says:

    Jika mmg isteri itu tidak baik utk anda, lepaskan lah cara baik.. Utk apa mendera emosi nya? Sampai bila nak menyeksa dia? Anda seorg doktor, anda patut lebih tahu kesihatan mental jugak penting.. Jadilah lelaki, bukan jantan seperti yg didakwa.. Lepaskan jika memang dia tidak memuaskan hati anda..

  2. Capri says:

    Jahat seyyy kau ni doc. Serius jahat.

  3. Anonymous says:

    cerdik eh kau doktor. bab lain yg bini kau ckp, laju kau bidas balik. tp bila org tanya kenapa tak gi mahkamah, konon peribadi. hotak kau. bini tu dh nak setel cara baik tp kau yg lengah. sape tak marah.

  4. kot kecik says:

    Sis, start [email protected] other people, your husband jantan tak guna. Syariah court is not on your side, its lopsided. Don’t waste your time enjoy life and start meeting with people. Kita tengak apa dia akan buat lepas tu. Biar dia jadi jantan dayus.

  5. Intan says:

    Beh, per essere del tutto onesti, a mio modesto parere, ovviamente senza offendere nessuno che pensa diversamente dal mio punto di vista, ma anche guardando la questione in una prospettiva diversa e senza condannare il proprio punto di vista, considerando tutte le opinioni valide di ognuno, credo sinceramente di avere completamente dimenticato quello che stavo per dire…

Leave a Reply to kot kecik Cancel reply