Penerbit drama terkenal negara, Datuk A. Aida difahamkan telah berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan ALY554 (ALYSSA) yang dilaporkan bernilai RM44,444 sebagai ganjaran untuk anak perempuannya kerana telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti.
View this post on Instagram
Kata A.Aida, bidaan itu diberikan kepada anak sulungnya Wan Az Aleesa,25, yang telah berjaya bergraduasi peringkat Sarjana Muda Dietitik dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
Ujarnya lagi, dia sudah lama menunggu nombor pendaftaran kenderaan tersebut sejak tiga bulan yang lalu dan memang berniat untuk menghadiahkannya kepada Aleesa usai konvokesyen tempoh hari.
View this post on Instagram
“Sebelum ini saya pernah kalah bidaan nombor pendaftaran ALL154 juga nak dihadiahkan kepadanya. Jam 10 malam tadi saya sudah mula duduk depan komputer. Apabila mula saja bidaan, saya terus masuk. Alhamdullilah, niat ini dipermudahkan. Malah, ketika itu Aleesa yang ada bersama turut teruja..”
Tambah pemilik syarikat penerbitan A.Aida Productions ini lagi, meskipun ianya memakan belanja yang besar, namun dia berpuas hati kerana benda sebegitu mempunyai nilai dan kenangan yang tersendiri untuk dikenang sampai bila-bila.