“Gangster Air Asia”, Model Malaysia Cuba Viralkan Staff Air Asia Dikecam Semula Oleh Netizen

Trending

“Gangster Air Asia”, Model Malaysia Cuba Viralkan Staff Air Asia Dikecam Semula Oleh Netizen

Tak kisah lah macam mana hebat atau terkenalnya seseorang itu, yang penting sekali kita kena hormat setiap orang tanpa mengira pangkat. Lagi-lagi pekerja yang sedang berkhidmat menjalankan tugas mereka.

Macam yang tular baru-baru ini, tindakan peserta  ‘Miss Malaysia International’ yang dianggap keterlaluan pada netizen. Sabee Chin telah memuatnaik video di laman Facebook miliknya tentang sikap ‘kurang ajar’ staff Air Asia selepas dia mendarat.

Advertisement

facebook
Dia telah memuatnaik beberapa video dia memarahi staff Air Asia yang tidak membenarkannya menggunakan tandas ketika pesawat ingin mendarat.

Menurutnya, dia ada meminta izin daripada krew kabin yang bertugas tetapi permintaan itu ditolak dengan sopan oleh mereka. Tandas itu sebenarnya ditutup dan sebab itu dia diminta untuk kembali ke tempat duduknya.

Kali kedua, dia sekali lagi bertanyakan hal yang sama dan tidak diendahkan oleh krew yang bertugas kerana sudah dijelaskan sebelum ini. Kalau nak diikutkan, semasa pesawat nak mendarat memang tak dibenarkan untuk gunakan tandas.

Dan bukannya Sabee Chin sahaja yang tidak dapat menggunakan tandas tetapi penumpang yang lain pun sama juga. Disebabkan itu, dia mengamuk di dalam penerbangan dan memaki hamun staff Air Asia.

“Sampaikan dia masuk ke ruangan peribadi kakitangan staff Air Asia dan menyerang staff itu dengan menunjal muka pramugari itu dengan telefon.”

Dia juga siap gertak untuk ajukan masalah itu kepada bahagian perkhidmatan pelanggan Air Asia. Selepas mendarat, dia terus mengambil video staff-staff itu sambil memarahi mereka.

staff air asia
Tapi pujian harus diberikan kepada staff Air Asia yang kekal tenang dan bersikap profesional semasa bertugas. Selepas memuatnaik video itu, dia menerima banyak kecaman daripada netizen kerana sikapnya yang kurang ajar itu.

Semua video tersebut telahpun dipadam dan semalam dia telah membuat permohonan maaf menerusi video ‘live’ di Facebook miliknya itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Apa-apa pun, staff Air Asia ni memang ‘cool’ je layan kes penumpang macam ni.

Sumber: Lobak Merah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...