Gangguan Bekalan Air Selangor Pulih Lebih Awal, Bermula Hari Ini

Trending

Gangguan Bekalan Air Selangor Pulih Lebih Awal, Bermula Hari Ini

Loji Rawatan Air Sungai Selangor sebelum ini memaklumkan kerja-kerja penggantian dan penambahbaikan aset kritikal Fasa 3 (LRA SSP3) yang dijadualkan bermula 9 pagi ini sehingga 5 petang Jumaat.

Bagaimanapun, Air Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan pihaknya telah mengaktifkan semula sistem LRA SSP3 itu selepas kerja penambahbaikan itu telah siap sepenuhnya lebih awal pada 11 malam semalam.

Advertisement

Namun, Air Selangor meminta pengguna untuk menggunakan air secara berhemat kerana bantuan bekalan air ke kawasan perumahan hanya akan bermula pada 16 dan 17 Julai.

“Pada masa ini, lori-lori tangki Air Selangor memberi bantuan kepada premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.”

Air Selangor juga memaklumkan mereka telah menempatkan 82 tangki statik di sekolah-sekolah sebagai persediaan untuk pembukaan sesi persekolahan.

Pengguna boleh merujuk di semua laman sosial dan aplikasi Air Selangor bagi mengetahui status terkini bekalan air di kawasan premis mereka.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...