Gangguan Bekalan Air Selama 5 hari Di Petaling Dan Kuala Lumpur, 280 Kawasan Ini Terlibat.

Trending

Gangguan Bekalan Air Selama 5 hari Di Petaling Dan Kuala Lumpur, 280 Kawasan Ini Terlibat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan, sebanyak 280 kawasan di sekitar Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami masalah bekalan air tidak berjadual ekoran paip utama di belakang bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat Sungai Buloh yang pecah.

Advertisement

Akibat kejadian itu, injab sistem agihan bagi jajaran paip dari SSP1 dan SSP2 melalui Kolam Imbangan Matang Pagar terpaksa ditutup bagi membolehkan kerja-kerja membaikpulih dapat dilakukan.

Difahamkan, kerja-kerja membaikpulih sedang giat dilakukan dan dianggarkan siap dalam tempoh 48 jam serta bekalan air akan pulih secara berperingkat dalam tempoh tiga hari selepas kerja-kerja pembaikan itu siap dilakukan.

“Pihak kami telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dan mengambil tindakan perlu bagi menangani situasi itu.

“Aset-aset serta bantuan lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan pengguna-pengguna kritikal, hospital dan lain-lain,” kata kenyataan Syabas yang disiarkan di laman webnya hari ini.

Pengguna boleh memohon bekalan air bantuan dengan menghantar SMS ke 15300 (Taip: Tanker Nama & Alamat).

Sila rujuk www.syabas.com.my dan aplikasi telefon bimbit pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...