Gangguan Air Selangor Dijangka Berlaku Antara 48-68 Jam Bermula 30 Mac, 6 April

Trending

Gangguan Air Selangor Dijangka Berlaku Antara 48-68 Jam Bermula 30 Mac, 6 April

Susulan isu bekalan air, sebanyak 89 kawasan di wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam akan mengalami gangguan air berjadual antara 48 hingga 68 jam bermula 30 Mac dan 6 April depan.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata ia berikutan kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Air Selangor tahun ini.

Advertisement

“Kerja-kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates akan dilakukan jam 9 pagi 6 April.

Ini menyebabkan henti tugas di Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju kerana bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

gangguan air selangor

“Berikutan henti tugas ini, 12 kawasan di Wilayah Gombak dan 46 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air berjadual”

Kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15  Shah Alam ini pula akan dijalankan pada 30 Mac 2021 bermula jam 9 pagi yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam.

“Kerja-kerja ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual di 5 kawasan di Wilayah Petaling, 14 kawasan di Wilayah Klang dan 12 kawasan di Wilayah Shah Alam”

bekalan air selangorPun begitu, pelaksanaan kerja-kerja berjadual ini juga tertakluk kepada kelulusan daripada SPAN.

Semua diminta untuk bertenang kerana Air Selangor akan memaklumkan senarai kawasan-kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air dengan lebih terperinci setelah kelulusan SPAN diperolehi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...