Ganggu Bekas Teman Lelaki Dengan Panggilan 27000 Kali Seminggu, Wanita Kanada Ditahan

Trending

Ganggu Bekas Teman Lelaki Dengan Panggilan 27000 Kali Seminggu, Wanita Kanada Ditahan

Seorang wanita di Alberta, Kanada akhirnya ditahan oleh pegawai polis Edmonton kerana apa yang dipercayai sebagai kes gangguan paling ekstrim pernah direkodkan dalam sejarah.

MfpE5 copy

Advertisement

Wanita berusia 28 tahun itu dituduh bukan saja membuat panggilan telefon kepada bekas teman lelakinya sebanyak 27,639 kali dalam masa seminggu, malah menghantarnya 937 e-mel, 11,229 mesej teks, 117 mesej nyanyian dan 47 helai surat dalam tempoh yang sama.

Kelly Murphy, yang mempunyai sejarah kelakuan obsesif kompulsif, tidak dapat menerima perpisahannya dengan Randy Williams, seorang yang telah menjalinkan hubungan cinta dengannya selama dua minggu.

Murphy dituduh menggunakan lapan telefon serentak untuk menelefon Randy, selama 24 jam sehari pada nombor telefon bimbit, telefon rumah dan telefon pejabat. Kelly dikatakan telah mengambil minuman tenaga dan amphetamines dalam jumlah yang banyak untuk terus berjaga selama seminggu, menelefon bekas teman lelakinya tanpa henti. Kata peguam plaintif, J.D. James Kilroy:

Klien saya kini sangat lega kerana Cik Murphy kini telah ditahan dalam lokap. Dia tidak dapat tidur, kerja atau menikmati kehidupan dalam apa cara pun selama lebih seminggu. Dia sukar berfikir tanpa gangguan serta hampir mengalami kemurungan. Apa yang dimahukannya sekarang ialah supaya Cik Murphy mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan serta perintah undang-undang untuk wanita itu menjauhkan diri darinya.

Tertuduh telah menghadiri mahkamah negeri di British Columbia, dan kebanyakan pakar menjangkakan hakim akan memerintahkan penilaian psikologi terhadap wanita itu untuk mengenal pasti sama ada dia patut dibicarakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...