Written by AbangNara | February 22nd, 2018

Membeli barangan dapur di pusat membeli-belah adalah satu perkara yang agak melecehkan. Nak kena pergi awal supaya tak berebut parking, kena beratur panjang ketika nak membuat pembayaran, kena berjalan sana-sini mencari barangan yang ingin dibeli dan macam-macam lagilah. Itu belum kira kena luangkan masa selepas waktu bekerja atau hujung minggu untuk memastikan stok barangan dapur di rumah kita mencukupi. Lagi stress bila dah angkat segala plastik beg ke dalam kereta, tup-tup rupanya kita ada terlupa sesuatu. Tak pasal-pasal kena patah balik. Memang memenatkan!!!

aeon honestbee

Sebab itulah kami sangat teruja apabila mengetahui bahawa AEON telah bergandingan dengan Honestbee untuk membawakan pengalaman membeli-belah secara online terbaik kepada kita semua. Kalau korang selalu shopping online, mesti tahu tentang Honestbee nie. Ia adalah sebuah platform membeli-belah terkemuka dan telah menjadi pilihan banyak kedai dan pasaraya yang ingin melebarkan sayap mereka ke dunia online. Honestbee ini dah bertapak di 8 buah negara jadi sudah tentu kehebatan dan kepakaran mereka di dalam bab-bab penjualan online ini tidak perlu diragui lagi.

aeon honestbee

boss-boss besar Aeon dan Honestbee ketika majlis pengumuman kerjasama mereka

Dengan bergandingnya Aeon dan Honestbee ini, kita tidak perlu lagi mengerah tenaga untuk pergi ke shopping kompleks, membazirkan masa mencari parking atau meletihkan jari mengangkat beg plastik kerana semua barangan dapur boleh dibeli secara online di www.honestbee.my/en/groceries/stores/aeon. Antara kelebihan-kelebihan yang bakal anda perolehi apabila bershopping secara online ialah:-

1. Penghantaran dalam masa 1 jam

honestbee aeon

Sekiranya rumah anda terletak di dalam radius 17 kilometer dari AEON Midvalley, maka anda boleh mendapat barangan dapur yang ditempah di www.honestbee.my/en/groceries/stores/aeon dalam tempoh 1 jam SAHAJA. Hebat kan? Sudah tentu ia tertakluk kepada kekosongan masa dan juga barangan runcit yang tertentu. Tapi bayangkan betapa banyak masa yang anda dapat jimat. Kalau nak drive pergi ke pasaraya pun dah ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit. Ini duduk depan komputer, tekan-tekan pilih apa yang nak dibeli, tup-tup lepas sejam sampai dah depan pintu rumah. Awesome sangat-sangat!!!

2. Ada kod voucher yang best-best

aeon honestbee

Bersempena kerjasama Aeon dan Honestbee ini, anda boleh melakukan lebih banyak penjimatan apabila berbelanja di www.honestbee.my/en/groceries/stores/aeon . Masukkan je salah satu kod voucher di atas ketika nak buat pembayaran. Tapi kena cepat sebab kod voucher ini sangat-sangat limited. Siapa cepat, dia yang dapat.

3. Banyak promosi best-best

aeon honestbee

promosi nie dah tamat 8 Feb yang lalu. Korang sempat beli tak?

Untuk mengalakkan lagi orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka, Aeon dan Honestbee seringkali mengadakan promosi yang best-best di www.honestbee.my/en/groceries/stores/aeon. Contoh promosi terdahulu ialah beli 2 kartun Pepsi dan anda akan dapat 1 kartun PERCUMA. Memang berbaloi-baloi. Tapi yang Pepsi nie dah tamat 8 Februari lalu. Namun jangan risau kerana promosi Aeon dan Honestbee akan sentiasa bertukar-tukar dan dikemaskini setiap masa. Jadi kita kena pastikan tidak terlepas peluang untuk mendapatkannya.

4. Harga yang jauh LEBIH MURAH

aeon honestbee

aeon honestbee

Selaku pengguna, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dapat membeli sesuatu pada harga yang lebih murah berbanding harga di pasaran. Di www.honestbee.my/en/groceries/stores/aeon, memang anda akan dapat berjimat kaw-kaw punya. Kebanyakan barangan yang dijual telah diberi diskaun dan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding di pasaraya. Time-time ekonomi tengah tak berapa baik ini, memang ini satu inisiatif yang sangat-sangat diperlukan oleh kita. Terima kasih AEON dan Honestbee kerana membantu rakyat Malaysia berbelanja dengan cermat dan bijak.

5. Banyak pilihan disediakan

aeon honestbee

Sayur segar, buah-buahan, minuman berkarbonat, nugget, pampers anak, sabun basuh baju dan pencuci muka adalah antara barangan yang tersedia di www.honestbee.my/en/groceries/stores/aeon. Berdasarkan percubaan kami membeli di sini, memang semua benda yang dikehendaki boleh dijumpai. Kesemuanya diatur dengan teliti dan mudah untuk dicari. Paling best sudah tentulah makanan basah seperti ayam, daging dan udang turut sama disediakan. Kesemuanya pun fresh-fesh belaka. Memang terbaiklah gandingan AEON dan Honestbee ini.

aeon honestbee

Nampak gaya lepas ini makin mudahlah untuk kita semua mendapatkan barangan dapur dengan kehadiran Aeon dan Honestbee ini. Dapatlah jimatkan masa, tenaga dan juga wang ringgit. Sama-sama kita manfaatkan kemudahan yang disediakan. Jangan lupa layari www.honestbee.my/en/groceries/stores/aeon dan buat pembelian anda hari ini juga. Selamat bershopping!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 responses to Gandingan Aeon & HonestBee Ini Membuatkan Anda Tak Perlu Lagi Pergi Ke Shopping Kompleks Untuk Membeli Barangan Dapur

  1. Anonymous says:

    di manjung perak x de ye?

    0

    0
  2. Ugly Nara says:

    Muka ko Nara, jangan jadi model siok sendiri ble tak? Hudoh benar ngan gelas mata cam tu.

    0

    0

Leave a Comment

Optional