Gaming Bed Ini Pasti Buatkan Gamers Kental Susah Keluar Dari Rumah

Trending

Gaming Bed Ini Pasti Buatkan Gamers Kental Susah Keluar Dari Rumah

Setiap gamers kental pasti menginginkan satu ruang peribadi yang selesa. Kalau setakat duduk di atas kerusi gaming dan menghadap komputer, ada kalanya bosan juga serta ditambah pula dengan sakit pinggang. Terus potong mood untuk bermain kan?

Kini, tidak perlu risau lagi bab keselesaan kerana sebuah syarikat dari Jepun iaitu Bauhutte telah memperlihatkan konsep katil gaming yang pasti membuatkan gamers di luar sana malas keluar dari bilik atau rumah.

Advertisement

Bauhutte Gaming Bed

Konsep tersebut sangat unik dimana para pemain boleh bermain permainan kegemaran mereka saat bangun dari tidur dan juga boleh makan serta minum tanpa sebarang masalah. Sangat memudahkan.

Katil ini juga hadir dengan meja dan laci yang mencukupi untuk meletakkan dua buah skrin komputer, papan kekunci, pembesar suara dan tetikus.

gaming bed malas

Bauhutte Gaming Bed

Terdapat juga meja kabinet kecil dibahagian kepala katil yang mempunyai pemegang telefon pintar boleh laras. Jadi kalau dah letih bermain sambil duduk, boleh lah bermain pula permainan di telefon pintar sambil berbaring.

Selain itu, ada rak khas yang dibina untuk meletakkan minuman dan makanan ringan serta bean bag yang membolehkan anda bersandar dalam keadaan duduk dalam posisi yang lebih selesa.

Bauhutte Gaming Bed

Apa-apa pun, jangan sampai terlalu asyik sehingga lupa pula dengan dunia luar. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...