(Video) ‘Gamer’ Tampil Kreatif Hidupkan Suasana Kenduri Kahwin Dalam Permainan GTA V

Teknologi

(Video) ‘Gamer’ Tampil Kreatif Hidupkan Suasana Kenduri Kahwin Dalam Permainan GTA V

Masalah COVID-19 yang kian menular, telah menyebabkan semua perancangan untuk melaksanakan majlis atau kenduri kahwin terpaksa dibatalkan atau ditunda buat sementara waktu. Mungkin kerana rindukan suasana majlis perkahwinan, seorang pemuda ini telah mencipta suasana perkahwinan bertemakan budaya Melayu sebenar pada permainan aksi terkenal, Grand Theft Auto V (GTA V).

Menariknya, majlis kahwin yang ditonjolkan di dalam permainan itu bukan sekadar majlis biasa, malah ianya turut dilimpahi dengan adat tradisi orang melayu yang ditampilkan secara terperinci. Baik dari  segi cara pemakaian sehinggalah kepada aktiviti yang sering diadakan sewaktu majlis perkahwinan berlangsung.

Advertisement

Siap bersilat.

gamer

Majlis yang dimulakan dengan suasana kehadiran rombongan pihak pengantin lelaki itu turut disertakan dengan khemah dan pelamin bersanding yang tersergam indah sama seperti majlis sebenar. Perkara yang menarik perhatian adalah sewaktu majlis berlangsung sesi persembahan silat dan tarian zapin turut dipersembahkan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga sesi berbalas pantun yang dikawal sekumpulan gamers lain bagi menghidupkan lagi suasana kenduri kahwin di dalam permainan aksi itu. Setiap pemain telah dibahagikan kepada dua kumpulan yang mewakili pengantin lelaki dan juga perempuan.

Dapat diperhatikan, tempat kejadian itu turut lengkap dengan meja dan kerusi, barisan bufet, ruang makan khas untuk keluarga pasangan. Tambah menarik lagi, dalam usaha untuk menjadikan majlis itu kelihatan lebih realistik anak muda ini juga telah mencipta satu watak khas memakai pakaian seragam Rela.

gamer

Difahamkan, permainan majlis kenduri kahwin ini diadakan melalui pelayan MYRP iaitu pelayan pertama yang memperkenalkan sentuhan tempatan, yang dikhaskan untuk menerapkan identiti Malaysia dalam GTA V melalui beberapa pengubahsuaian dan boleh memuatkan sehingga 120 pemain sekaligus.

Untuk pengetahuan, terdapat sekitar 40 hingga 50 pemain telah terlibat dalam permainan majlis kahwin itu.

Turut dijelaskan, pengubahsuaian khusus dalam permainan ini sebenarnya telah dibuat dari awal oleh dua pemuda berasal dari Johor iaitu Arief Solehin dan Isma Danial. Mereka menggunakan FiveM iaitu modifikasi GTA V yang membolehkan ramai pemain bermain pada satu pelayan.

“Mereka adalah orang di sebalik modifikasi khusus dan mereka yang memperkenalkannya kepada umum.”

Kini, mereka dikatakan sedang dalam proses menyesuaikan modifikasi ‘Hari Raya’ dan kini sedang membuat situasi pemandangan bersuasanakan kampung di Malaysia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...