Gamer Ajak Mufti Berdebat Isu Permainan Video

Trending

Gamer Ajak Mufti Berdebat Isu Permainan Video

Nik Harris Nik Ahmad Huzlan telah berkecimpung dalam arena e-sukan selama enam tahun ini telah mengajak Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusuf untuk sesi berdebat mengenai isu ‘video game’ yang rancak diperkatakan oleh semua masyarakat.

“Saya dengan rendah diri ingin menjemput Mufti untuk sesi berdebat, sama ada menerusi atas talian atau secara berdepan bagi membantu beliau dalam memahami kebimbangannya mengenai permainan video.” kata Nik Harris untuk sesi berdebat mengenai isu pengaruh permainan video tersebut.

Advertisement

Tidak adil jika satu permainan sahaja mendapat kutukan oleh beribu orang mengenai isu tembakan rambang di Christchurch, banyak lagi permainan video yang mempunyai unsur peperangan selain isu permainan video  PlayerUnknown’s Battleground (PUBG).

Menurut Nik Harris, gesakan untuk mengharamkan permainan video bukan sahaja tidak masuk akal tetapi menyekat kerjaya pemain atau komuniti dalam industri e-sukan.

Statistik daripada pelbagai kajian menunjukkan tiada kolerasi antara keganasan dalam permainan video dengan tindakan untuk melakukan keganasan.

Rata-rata, orang ramai hanya mahu mencari sesuatu untuk dipersalahkan daripada menyedari masalah sebenar dalam insiden keganasan yang mengorbankan 49 nyawa itu adalah berkaitan dengan isu perkauman atau ketaksuban.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Mohd Yusof baru-baru ini di portal tempatan yang menggesa kerajaan untuk mengharamkan permainan video PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) .

Jelasnya lagi, jemputan tersebut adalah sebagai platform bagi orang ramai untuk memahami perspektif permainan video sebagai satu industri hiburan untuk masa hadapan dan membuka mata masyarakat tentang permainan video tersebut bukanlah satu aktiviti keganasan.

Baginya, tujuan permainan ini adalah untuk membentuk generasi muda menyukai aktiviti perang, tempur dan ganas.

 

Sumber: wtmtoday

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...