Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gambit Samakan Blogger Dengan Anjing Kerana Isu Video Prema Yin?

gambit anjing

Bermula dengan tweet di atas yang boleh dibaca di Twitter Gambit Saifullah, nampaknya Gambit seolah-olah melancarkan perang dengan blogger-blogger yang tidak menyokong hasil kerjanya di dalam video Prema Yin.  Selaku blog pertama yang menceritakan perihal video ini, Abang Nara tak kisah pun kalau Gambit nak nyatakan pendapatnya secara matang. Tapi nampaknya Gambit semakin mengganas dengan tweet terbarunya malam semalam.

gambit anjing

Advertisement

Tidak diketahui siapakah yang digelar anjing oleh Gambit. Kemungkinan besar ianya ditujukan kepada blogger-blogger yang menghentam dirinya. Abang Nara tak tau nak cakap apa sebab sebagai seorang selebriti (walaupun tak femes sangat), Gambit sepatutnya sedar impak tweet sebegini kepada kerjayanya. Tak sangka ada artis Malaysia yang nampak macho tapi sanggup tweet menyamakan manusia dengan anjing.
gambit anjing

Hati ini memang terbakar membaca tweet-tweet daripada Gambit tetapi menurut pengalaman Abang Nara, orang sebegini kalau ditegur memang dia akan buat tak tahu sebab self confidencenya terlalu tinggi. Abang Nara kagum dengan Gambit kerana percaya dan berpegang teguh kepada pendapatnya sendiri.

Kepada manager Gambit, mungkin anda boleh memberi tunjuk ajar kepadanya untuk cara menggunakan Twitter dengan lebih berhemah.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top