Gambit Saifullah Makin Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia

Hiburan

Gambit Saifullah Makin Dibenci Kerana Fear Factor Malaysia

Pasti ramai yang menarik nafas lega apabila Gambit diumumkan tersingkir daripada Fear Factor Malaysia semalam. Daripada apa yang Abang Nara baca, ramai betul  membenci perwatakan yang ditunjukkan oleh Gambit di dalam rancangan tersebut. Jahat sangat katanya!!!

gambit fear factor malaysiaBercakap kepada Kosmo hari ini, Gambit menyatakan teknik suntingan yang digunakan menyebabkan dirinya nampak jahat dan menjadi watak antagonis di dalam Fear Factor Malaysia. Kata Gambit:-

Advertisement

Mungkin juga khalayak terbawa-bawa dengan cerita lama saya yang mengatakan saya poyo dan sombong. Ini lebih menokok tambah rasa benci penonton. Bagus juga untuk permainan Fear Factor. Cara suntingan itu menampakkan saya jahat. Tetapi penonton kena bijak mentafsir.

gambit fear factor malaysia

Bagi Abang Nara, memang setiap rancangan realiti kena ada watak jahat. Kalau dulu di rancangan Masterchef Selebriti, Azwan Ali menjadi penyeri dengan celotehnya yang over. Kalau tak ada orang macam Gambit dan Azwan Ali, pasti bosan rancangan tersebut. Apa pula kata anda?

P.S: Katak paling comel di dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...