November 21st, 2014

Kecoh seketika di Instagram Zain Saidin apabila sesetangah pengikut mempersoalkan sama ada bayi comelnya bersama Che Ta, Aaishah Dhia Rana diberi susu formula dan bukannya susu ibu yang dikatakan susu terbaik buat bayi.

 photo ScreenShot2014-11-21at104416AM.png

Foto yang dimuat naik oleh Zain menunjukkan dia sedang memberi susu dalam botol kepada Aaishah.

Zain tidak memberi reaksi kepada komen-komen tersebut, sebaliknya segelintir peminat lain mempertahankan Zain dengan mengatakan susu ibu juga boleh dipam dan diberi kepada bayi dengan mengunakan botol. Kemudian Che Ta sendiri telah memberikan komen yang susu yang diberi kepada Aaishah ialah susu ibu yang dipam dan dimasukkan ke dalam botol.

 photo ScreenShot2014-11-21at105542AM.png

Memang bila menjadi selebriti popular dan ramai pengikut, perlu berhadapan dengan pelbagai komen yang ada kalanya menyakitkan hati. Semoga Che Ta dan Zain bertabah dalam memberi fokus kepada penjagaan Aaisyah.


Comments are closed.

Loading...