(GAMBAR)Yatt Hamzah Kecewa Shawl Palestin Rekaannya Ditiru Peniaga Lain

(GAMBAR)Yatt Hamzah Kecewa Shawl Palestin Rekaannya Ditiru Peniaga Lain

Kejadian yang menimpa Palestin menimbulkan rasa tidak senang ramai umat Islam di Malaysia. Rakyat negara ini adalah antara yang paling aktif menyatakan sokongan dan memberikan bantuan kepada rakyat Palestin melalui sumbangan dana, keperluan, perubatan, makanan dan pakaian.

 photo 10730844_402803383208162_22939588592007224_n.jpg

Advertisement

Rasa tanggungjawab ini membolehkan Yatt Hamzah mendapat ilham menghasilkan rekaan shawl bertemakan bendera Palestin yang dijual dibawah tudung jenamanya sendiri iaitu SUCI by Yatt Hamzah. Menurut Yatt, shawl Palestin itu ialah yang seumpanya di Malaysia, namun Yatt telah menyuarakan rasa terkilannya kepada Harian Metro mengenai shawl yang merupakan rekaan asalnya telah ditiru oleh ramai peniaga lain.

Sebahagian daripada hasil jualan daripada shawl itu saya masukkan ke dalam Tabung Palestin. Berikutan sambutan yang hebat, saya terus menambah jumlah shawl sehingga ribuan helai. Bukan saja dibeli orang persendirian, malah syarikat korporat turut menjadi pelanggan saya. Selagi ada yang membeli, selagi itulah saya terus menyumbang untuk Tabung Palestin.

Melihat sambutan yang bagus, ada pula yang meniru idea saya itu dengan menjual pada harga murah dengan kualiti kain yang amat rendah. Lebih berani lagi, ada peniaga ‘online’ meletakkan gambar dan ‘menjual’ nama saya untuk melariskan perniagaan mereka.

Sudah banyak kali saya menghubungi mereka dan memberi amaran jangan menggunakan nama saya untuk melariskan perniagaan mereka, tetapi mereka degil. Awal tahun ini, ramai betul yang buat shawl Palestin itu dan saya boleh tahu mereka yang memakainya beli saya punya atau daripada peniaga lain berdasarkan kualiti kain dan jahitan.

Bersusah payah saya mencari ilham, alih-alih mereka tiru macam itu saja. Saya hubungi terus rakan yang meniru itu dan alasan yang diberi dia tak perasan dan tak sengaja. Ada juga yang mengaku kononnya rekaannya sendiri. Kalau betul pun ilhamnya sendiri, takkanlah 99 peratus sama dengan saya punya.

Pada pendapat kami, bidang fesyen ialah bidang yang sentiasa berkembang dengan idea baru, dan kadangkala sukar untuk menentukan siapa sebenarnya yang mengeluarkan idea asal sesuatu jenis fesyen yang menjadi trend, termasuk tudung. Sebelum ini pelakon Neelofa pernah didakwa meniru rekaan tudung seorang pereka muda, namun carian Internet menunjukkan tudung seperti itu telah dikeluarkan di Indonesia sejak tahun 2012. Apatah lagi rekaan tudung bertemakan warna bendera Palestin yang juga dikeluarkan dalam bentuk tudung bawal oleh Norjuma.

Mungkin persamaan ialah secara kebetulan, dan mungkin juga idea Yatt telah ditiru. Apa pendapat anda?

P/S: Sudahkah anda like page Beautifulnara? Kami bawakan anda kemaskini sensasi. Jom like page Beautifulnara di bawah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...