Seorang wanita bogel terjun ke dalam sebatang sungai di Nanjing, wilayah Jiangsu pada 11 Januari diselamatkan oleh seorang lelaki. Wanita itu kemudiannya dibawa pergi oleh orang ramai namun penyelamatnya ditinggalkan seorang diri di dalam air.
Wanita itu dilihat terjun sungai pada pukul 3.00 petang Ahad lepas, lapor China.org, dan tidak lama kemudian seorang wira yang berpakaian hitam dilihat melompat ke dalam air untuk menyelamatkan wanita itu.
Imej yang tersebar di Weibo menunjukkan orang ramai yang prihatin mengelilingi wanita itu setelah dia dibawa keluar dari air, dan mereka langsung tidak menghiraukan penyelamatnya yang berusaha untuk memanjat tebing yang curam seorang diri.
Wira itu didakwa seorang pelajar senior di universiti Nanjing, namun itu saja diketahui tentangnya yang menunjukkan betapa tindakannya langsung tidak dipedulikan orang ramai berbanding wanita (bogel) itu.