(GAMBAR)Wanita 26 Tahun Diikat Pada Pokok Di China Kerana Kelainan Upaya Mental

Trending

(GAMBAR)Wanita 26 Tahun Diikat Pada Pokok Di China Kerana Kelainan Upaya Mental

Zhang Yanrong, seorang wanita berumur 26 tahun telah diikat pada sebatang pokok di luar rumahnya selama lebih 20 tahun. Ibu bapanya mengikatnya di situ semasa dia masih kecil untuk mengelakkan dia dari mencederakan diri sendiri setelah mengalami satu kemalangan yang menyebabkan kelainan upaya mental, lapor Oriental Daily.
shaanxi-women-tied-to-tree-2
Dia menjadi cacat mental setelah kecederaan itu, dan tidak dapat mengenal pasti jalan pulang ke rumah. Ibu bapanya membawa dia berjumpa ramai doktor, namun tidak mampu menampung biaya perubatan. Jadi mereka membuat keputusan bahawa mengikatnya pada pokok ialah satu-satunya jalan penyelesaian.

Jiran Zhang memberitahu wanita itu tidak bertindak ganas atau tidak stabil, hanya lembap.

Advertisement

Sudah beberapa kali dia sesat, jadi ikat dia pada pokok ialah satu-satunya cara untuk memastikan keselamatannya.

Ibunya yang kini berusia 60 tahun berkata anak perempuannya itu tidak pernah melawan ketika diikat. Dia bimbang siapakah yang akan menjaga anaknya apabila dia dan suaminya meninggal dunia.

Mengikat orang yang mempunyai kelainan upaya mental ialah sesuatu yang biasa dilakukan di kawasan pedalaman di China, di mana penduduk tidak mampu membiayai kos perubatan dan cara melayan orang kelainan upaya masih seperti di zaman purba.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...