(GAMBAR)Wanita, 22, Jual Keledek Bakar Di Jalanan China Untuk Biaya Kos Perubatan Leukemia Abangnya

Trending

(GAMBAR)Wanita, 22, Jual Keledek Bakar Di Jalanan China Untuk Biaya Kos Perubatan Leukemia Abangnya

Wang Yanhong, 22, berhenti kerja dan mula menjual keledek bakar di jalanan Jinan, wilayah Shandong di China untuk mengumpul wang bagi biaya perubatan abangnya yang menghidap leukemia. Papan tanda di basikalnya menulis, ‘seorang belia yang cemerlang sakit leukemia. Saya harap orang yang penyayang dapat bantu dia’.

girl-selling-sweet-potato-1

Advertisement

Menurut NetEase News, Wang pernah bekerja sebagai jururawat di bandar kelahirannya Zaozhuang, satu pekan kecil di Shandong. Dia berhenti kerja dan datang ke Jinan untuk membantu abangnya bulan lepas. Kini, dia bangun tidur pada pukul 5.00 pagi setiap hari dan menjual keledek bakar di jalanan sehingga 7.00 malam, dengan mendapat hasil jualan dari 180 yuan (RM 100) sehingga 200 yuan (RM 111.36) sehari.

Dia mengambil alih tugas itu dari ayahnya yang dahulu menjadi penjaja jalanan namun kini menghabiskan masa di hospital untuk menjaga abang Wang.

Pada cuaca berangin dengan suhu sekitar serendah dua darjah celsius, wanita itu membungkus badan dengan skarf dan mengedarkan risalah memohon orang ramai membantu abangnya.

Kos perubatan untuk rawatan leukemia tidak mampu dibiayai kebanyakan keluarga China dan ada yang terpaksa untuk memohon bantuan dana dari orang ramai. Awal tahun ini, seorang gadis di Shangxi , seorang bapa di Beijing dan seorang lagi bapa di Chengdu telah turun ke jalanan bagi mendapatkan bantuan dana untuk ahli keluarga yang menhidap leukemia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...