(GAMBAR)Wajah Terbaru Safiey Ilias Di Korea Selatan

Trending

(GAMBAR)Wajah Terbaru Safiey Ilias Di Korea Selatan

Baru-baru ini, Mohd Safiuddin @ Safiey Ilias telah mengumumkan telah berubah menjadi pondan semula dan dia menyalahkan keputusan yang dibuat sendiri itu kepada ‘tohmahan orang ramai’. Safiey, 22, sebelum ini pernah menjadi viral di media sosial dan media cetak kerana ‘penghijrahan’ beliau, di mana dia telah membuang implan payudara yang diletakkan semasa masih menjadi pondan. Keputusan ini dibuatnya sewaktu berada di Korea Selatan atas urusan yang tidak diketahui.

sapiKelmarin, sumber kami memberitahu yang Safiey telah memuat naik gambar terbarunya, namun telah memadam kembali gambar tersebut apabila dipersoalkan pengikutnya. Dakwa sesetengah pengikutnya, wajah Safiey kian berubah dalam gambar tersebut.

Advertisement


pudinkorea

Plaster pada batang hidungnya seolah memberi gambaran yang dia sedang atau telah  menjalankan pembedahan rekonstruktif wajahnya di sana. Besar kemungkinan Korea Selatan menjadi destinasi pilihan kerana Korea Selatan ialah lokasi pakar pembedahan plastik yang tersohor dan menjanjikan hasil yang memuaskan walaunpun kosnya sangat tinggi. Sumber kami memberitahu mata, hidung dan bibir Safiey kelihatan berbeza dari sebelum ini.

Menurut sumber kami, hanya itu saja gambar Safiey di Korea yang dimuat naik. Sebelum ini beliau tidak memuat naik sebarang gambar mahupun menceritakan aktiviti di sana.

Sebelum ini, kami difahamkan Safiey juga pernah menjalankan pembedahan pada hidung dan dagu di Malaysia dan Thailand sewaktu masih belum ‘berhijrah’ jadi ini bukan soal besar pada Safiuddin.

Luahan Sayu Safiey Ilias Kepada Ali Russia Tentang Keinginannya Untuk Berubah - blogmazeer.com-3Kemunculan pertama Safiuddin ialah pada tahun 2012, apabila beliau menjadi model gambar kontroversi dengan seorang model keturunan Arab, Ali Akbar. Pada masa itu, Safiey menggunakan nama Sofea Putih.

4Sebelum muncul dengan produk Perlaking, Safiey pernah mengeluarkan jenama produk lain, iaitu rangkaian suplemen Aurora dan rangkaian penjagaan kulit Wis Putih. Produk-produk itu kini tidak lagi wujud di pasaran.-amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...