Apple telah melancarkan The New iPad, versi terbaru iPad semalam, yang menampilkan paparan HD sepenuhnya dengan 3.1 juta piksel dan pemproses super laju. Paparan pula lebih jelas dan tajam dari kebanyakan televisyen HD 40 inci.
Gajet terbaru ini akan mula dijual 16 Mac ini dan berharga dari RM 1,900 hingga RM 2,580, sama dengan harga iPad 2 sebelum ini.
Tablet ini akan dikuasakan dengan cip A5x yang super laju, dan meletakkan tablet Apple di hadapan pengeluar tablet lain seperti Samsung.
Walau begitu, Apple mendakwa baterinya boleh bertahan 10 jam dan tebal gajet ini cuma 9.4 mm.
“Syarikat mana yang boleh mengeluarkan produk lebih hebat dari iPad 2? Jangan bertanya lagi, kami saja yang boleh,” kata CEO Apple, Tim Cook.
Iyolah tu, Pakcik Tim.
***