(GAMBAR)Tunang Berjanji Setia Dengan Mangsa Wajah Ditoreh Perompak Walaupun Parut Mungkin Kekal

Trending

(GAMBAR)Tunang Berjanji Setia Dengan Mangsa Wajah Ditoreh Perompak Walaupun Parut Mungkin Kekal

Tunang kepada Nur Syafiqa Lah, Mohd Azijja Zafran Zahrani, 24, berjanji akan kekal bersama wanita itu walaupun mungkin akan mengalami parut kekal pada wajahnya. Malahan dia berjanji apa jua keadaan dia akan bersama Syafiqa sehingga hari perkahwinan mereka pada Mac tahun depan.

1520766_652336718137004_298911468_n

Advertisement

Pertunangan mereka berlangsung April lepas, dan pada masa kini Azijja sedang memfokuskan untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.

Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini.

Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.

Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu.

Dalam kejadian berlaku Ahad lepas Nur Syafiqa telah ditoreh di bahagian wajah oleh salah seorang dari dua perompak yang menceroboh ke rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.

image (1) copy

Menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa, 22, ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.

Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta Azijja segera ke hospital.

Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya.

Tahniah diucapkan kepada Azijja kerana bersikap seperti lelaki budiman dan tidak sekadar memandang rupa sebaliknya hati budi kekasihnya. Semoga kesabaran dan ketabahan anda akan diberikan ganjaran suatu hari nanti.

Laporan asal: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...