(GAMBAR)Shy8 @ Usop Wilcha Malam ini Di ‘Cer Citer’

Hiburan

(GAMBAR)Shy8 @ Usop Wilcha Malam ini Di ‘Cer Citer’

Seperti yang korang sedia maklum Shy8 @Usop Wilcha kini sudah bertugas sebagai DJ di Hot.fm. Tetapi faktor utama yang membuatkan dia diminati tetaplah lakonannya dalam filem arahan Mamat Khalid, Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR). Ada yang mengkritik tugasnya beliau sebagai seorang DJ yang dikatakan masih belum serasi dengan rakan sekerjanya, tapi lama-kelamaan mungkin juga ke’kekok’annya itu telah berjaya beliau atasi.

Cuma malam ini Usop dan sebilangan pelakon-pelakon HKLBR akan muncul dalam sebuah episod untuk siri seram komedi  ‘Cer Citer’ yang bertajuk ‘Keluhanku’. Ia akan bersiaran malam ini, pukul 10 malam di Astro Warna. Turut akan muncul ialah Azwan Annuar yang berlakon sebagai Wan Kaswi (Sabor je Lah)  dan dan Zainuri Misfar (Pegawai Kesihatan). Siri ‘Cer Citer’ adalah diarahkan oleh sutradara Mamat Khalid. Jangan lupa saksikannya malam ini, di mana korang berpeluang untuk menonton Usop melakukan sesuatu yang menyebabkan kamu meminatinya, iaitu berlakon!

P.S: Reka game menggunakan bersama #MiloCansNextGame dan berpeluang memenangi RM10 ribu.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...