Pernahkah anda berasa marah, sangat marah sehingga anda menelan pensil? Nampaknya itulah apa yang berlaku pada seorang lelaki Sichuan, China yang menelan sebatang pensil berukuran 17 cm kerana marah akibat bergaduh dengan bapanya lima tahun lalu.
Kelmarin, lelaki berusia 28 tahun itu akhirnya datang ke hospital untuk mengeluarkan pensil itu, dan apa yang menarik, pensil itu tidak menusuk mana-mana organ dalamannya selama ini, menurut People’s Daily.
Lelaki itu bernama Lei Bo, mendakwa yang dia berasa sakit perut selama dua jam selepas menelan pensil. Selepas itu, dia makan dengan banyak hingga lupa dia telah menelan pensil. Apabila sakit perut, dia sering menyangka ia disebabkan terlebih makan.
Doktor Lei Bo memberitahu yang pensel itu sudah banyak dihakis oleh asid perut, dan plumbum pensel juga telah dihancurkan dalam antrum gastrik dan duodenumnya.