Khabarnya Sazzy Falak akan tampil dengan rangkaian pakaian jenamanya sendiri pada Jun depan. Menurut laporan Mstar, pakaian berjenama SF by SF (Street Fashion by Sazzy Falak) itu hasil minatnya pada fesyen dan idea itu tercetus semasa dia mengandungkan kembarnya iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose yang kini berusia 11 bulan. Sazzy, 31, dikatakan melakar sendiri rekaan pakaian dalam rangkaian fesyennya itu bersama beberapa orang rakan. Nampaknya bertambah usahawan dari kalangan selebriti setelah beberapa orang selebriti menunjukkan minat dan berusaha untuk mempunyai perniagaan sendiri.
Ini pula gambar-gambar terbaru keluarga Sazzy Falak termasuk suami dan kembarnya. Lagi 9 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Sazzy Falak.
***
Basikal Fixie ialah sejenis basikal ‘fixed gear’ yang tidak mempunyai brek. Basikal ini ada dua jenis iaitu ‘freestyle’ dan ‘mash’ yang mana perbezaannya dapat dilihat dengan ketara menerusi saiz tayarnya. ‘Freestyle’ lebih sesuai digunakan untuk melakukan pelbagai aksi atau ‘trick’ dan menggunakan tayar lebih besar daripada biasa. Jenis ‘mash’ pula lazimnya digunakan untuk melakukan perjalanan jauh kerana ia lebih fleksibel dan ringan. Basikal ini tidak mempunyai brek, ‘suis’ utamanya terletak pada pedal pengayuh kerana ia berfungsi mengawal kelajuan, termasuk memberhentikan basikal.
Basikal ‘fixed gear’ atau ‘fixie’ digunakan oleh golongan penghantar surat di Amerika Syarikat. Mula mendapat perhatian di negara ini sekitar 2006. Tidak mempunyai brek dan memerlukan teknik ‘pull and push’ untuk memberhenti dan memperlahankan basikal. Selain itu, ia memerlukan tenaga lebih berbanding menunggang basikal biasa kerana kaki tidak sempat ‘berehat’, sebaliknya penunggang perlu sentiasa mengayuh bagi menggerakkannya. Ingin melihat aksi Basikal Fixie? Jangan lupa ke Bazar Seni Industri Budaya, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai jam 2.00 petang. Untuk maklumat lanjut, sila like Fanpage kami.
Cik Nad
March 22, 2012 at 9:43 am
bestnya dapat kembar…
btw, gen mereka ni ada yg kembar eh? gen sazzy ke laki dia?
Tina turner
March 22, 2012 at 5:34 am
Bestnyer kembar x seiras diorg ni… Sorg ikut muka mama sorg lg ikut muke papa la…
Anonymous
March 22, 2012 at 5:11 am
Pasal avatar pun gaduh ke? Lantak pi la..
Back to the topic: Babies sazzy comel!
ini tahi suci
March 21, 2012 at 9:29 pm
dia bagus, ada anak. pandai berniaga. anaknya akan hidup dgn sejahtera. bukan macam korang.
i am a mama
March 21, 2012 at 8:54 pm
Sedih tengok mentality melayu zaman sekarang…baby anugerah Allah dikutuk kutuk…tak comel la apa la…hanya seorang ibu yang memahami betapa anak itu anugerah yang tak ternilai…rupa parasnya bkn penting tapi keperibadian anak itu bila dewasa yg menjadi utama. baby di mata para ibunya tetap comel dan sangat cantik untuk selamanya..harap sazzy jgn la baca comments ni sume…sedih sgt sy sebagai seorang ibu..rupa paras baby jadi bahan cercaan…