May 23rd, 2014

Apa yang terbaik untuk diri kita, tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Mungkin begitu juga dengan kisah isteri-isteri pelakon Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Melalui Instagram peribadinya, Noor Dayana telah memuat naik gambarnya dan madunya dengan satu doa. Doa Dayana ialah untuk dia dan madunya menjadi isteri-isteri yang solehah buat Ahraf Muslim, ibu terbaik untuk Sarah Ashraf dan anak terbaik untuk kedua ibu bapa.
 photo LuahansayuDayanaLokmanisudimadukanAshrafMuslim3.jpg

Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin.

Sangat cantik dan manis kedua-dua isteri Ashraf Muslim, dan sesungguhnya wanita setabah Dayana sememangnya satu dalam seribu.

Sekiranya mereka reda dengan pilihan yang telah dibuat, kita doakan saja mereka berdua akan terus berbahagia di dunia dan akhirat, ya tak? Semoga berkekalan dunia dan akhirat, amin.


Comments are closed.

Loading...