(GAMBAR)Satelit China Kesan Tiga Objek Besar Terapung Di Laut China Selatan

Trending

(GAMBAR)Satelit China Kesan Tiga Objek Besar Terapung Di Laut China Selatan

Satu satelit milik China yang mencari pesawat penerbangan MH370 telah menemui apa yang dikatakan tiga ‘objek yang besar dan terapung’ di Laut China Selatan–menyebabkan pasukan mencari bergegas ke lokasi di mana operasi mencari bermula pada asalnya.

Perkembangan yang berpotensi penting ini muncul pada hari kelima pencarian pesawat Boeing 777 yang kelihatan selari dengan testimoni dari seorang pekerja pelantar minyak warga New Zealand yang mendakwa melihat pesawat tersebut terbakar pagi Sabtu.

Lokasi itu juga merupakan kawasan pencarian asal dan ia sekaligus menafikan teori yang pesawat itu telah berpatah balik ke arah Malaysia dan terhempas beratus batu jauhnya di sebelah barat Semenanjung.

‘Ia berada di mana ia sepatutnya berada’, kata bekas pengarah urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) kepada CNN, merujuk kepada teori ‘berpatah balik ke Malaysia’.

Advertisement

Saya rasa mereka perlu segera ke tempat tersebut secepat yang mungkin.

Kawasan yang baru itu terletak kira-kira 140 batu jauhnya dari lokasi terakhir pesawat itu dikesan oleh radar. Tiga objek tersebut bersaiz 43 x 59 kaki, 46 x 62 kaki dan 79 x 22 kaki.

Kawasan tersebut juga berdekatan dengan lokasi di mana pekerja pelantar minyak warga New Zealand, Michael Jerome McKay, melihat apa yang dipercayainya sebagai sebuah pesawat yang sedang terbakar dalam masa 10-15 saat–terbang pada altitud yang sangat tinggi, sedikit terkeluar dari laluan yang standard bagi kapal terbang yang melalui kawasan itu, tidak lama sebelum pesawat tersebut hilang dari pandangan.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...