Ini bukan adegan dari filem seram Belanda yang berjudul “The Human Centipede”, tetapi tema yang mengerikan ini hampir sama — melekatkan anggota badan pada lokasi badan yang tidak sepatutnya.
Kira-kira sebulan yang lalu, satu mesin penggerudi telah memutuskan pergelangan tangan seorang lelaki China yang bernama Wei Xie di Provinsi Hunan yang terletak di tengah negara tersebut.
Bagaimanapun, masa selama tujuh jam telah terbuang sewaktu Xie menanti rawatan doktor, dan pada masa pembedahan habis dijalankan untuk menyambung semula tangannya, tisu tangan akan mati.
Untuk mengelakkan ia berlaku, beberapa doktor yang merawat Xie, telah melekatkan tangan Xie pada buku lalinya untuk mengelakkan tisu dari mati. Hanya pada hari ke 35 tangan itu dipindahkan pada tempat yang sepatutnya.
Menurut XIe, pembedahan itu seperti satu keajaiban kerana dia sendiri tidak menjangka ‘tangannya akan dapat diselamatkan’.
Tangan yang masih baru dilekatkan itu masih kurang sensasi asas dan fungsi motor, dan jurucakap hospital memberitahu masa yang lebih lama diperlukan untuk membolehkan tangan Xie sembuh supaya ia boleh berfungsi, walaupun bukan sepenuhnya, ‘tetapi lebih baik dari tangan palsu’.
Laporan asal: The Telegraph.