Seekor harimau putih menyerang hingga mati seorang pelajar di zoo New Delhi pada hari Selasa, lapor seorang pegawai dan seorang saksi.
Rangkaian televisyen India menyiarkan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan budak lelaki itu dalam keadaan ketakutan. Dia berada di dalam kandang harimau yang menempatkan enam ekor harimau putih, termasuk singa dan harimau kumbang.
Menurut Amitabh Agnihotri, pengarah Taman Zoologikal Nasional di New Delhi:-
Kami semua sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Harimau itu menangkap budak itu dan membunuhnya. Saya tidak pasti sama ada dia melompat masuk ke dalam kurungan atau terjatuh.
Mayat budak itu telah dihantar ke hospital untuk post-mortem. Pihak berkuasa juga tidak dapat memastikan sama ada budak itu datang ke zoo seorang diri atau bersama rakan. Menurut seorang saksi yang melapor kepada polis dan media berita India:
Pagar di tepi kurungan sangat rendah, dan saya nampak harimau itu gigit lehernya.
Kami cuba baling batu dan kayu pada harimau itu tapi gagal menyelamatkan mangsa.
Kata saksi itu lagi, mangsa dibunuh dalam masa 10 minit.
Pada tahun 2000, seekor harimau membunuh seorang lelaki dalam sebuah zoo di barat Bengal.
Pada tahun 2011, India mempunyai 1, 706 ekor harimau, atau lebih separuh dari populasi spesis itu yang terdapat di dunia.
Sumber: New Age