“Awak nampak pinklah”, mungkin itu yang Abang Nara akan katakan kepada Rozita Che Wan sekiranya Abang Nara hadir ke majlis pelancaran Anugerah Skrin 2011. Walaupun sudah agak berusia, Abang Nara yakin Rozita Che Wan telah memukau para hadirin yang hadir semalam. Serious Rozita Che Wan nampak muda 20 tahun apabila berpakaian sebegini.
Dan untuk makluman anda, bakat Rozita Che Wan sebagai pengacara akan diuji apabila dia dilantik menjadi pengacara bersama Ally Iskandar untuk Anugerah Skrin 2011. Kalau tak silap Rozita Che Wan tak pernah mengacara majlis segah ini. Peluang ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk menunjukkan versatility seorang insan bernama Rozita Che Wan.
Lagi beberapa keping gambar Rozita Che Wan yang mampu melemahkan jiwa lelaki dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar OhBulan dan Mstar.