90’an menimbulkan nostalgia di mana banyak girlband dan boyband Melayu muncul seperti cendawan selepas hujan. Antara yang muncul pada waktu itu ialah kumpulan M’steen, sebuah girlband yang kami sendiri tak pasti kasifikasinya sama ada kumpulan pop atau rap.
Pelakon Intan Azura yang juga merupakan bekas anggota kumpulan M’steen telah muat naik gambar reunion kumpulan tersebut baru-baru ini ke laman Facebooknya.
Kami difahamkan Jaja sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak dengan seorang lelaki berbangsa Caucasian, manakala Diela juga mempunyai anak dari perkahwinan keduanya. Tidak ada di dalam gambar ialah Shankey, gadis berbangsa cina yang kini aktif sebagai jurulatih di eCosway dan berada di Australia dan Meyra, yang telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan sekitar pertengahan 90’an.
***
Jangan lupa saksikan temu bicara bersama Encik Mohd Sukarno b. Abd. Wahab, Pengarah JKKN Pahang sempena program ‘Temasya Pantai Timur 2011’ di TV 1 melalui program Bicara Ekslusif Selamat Pagi Malaysia (Nadi Seri Pagi), esok jam 8.00 pagi. Temasya kali ini bertujuan untuk mengangkat serta menyemarakkan kesenian dan kebudayaan masyarakat PAHANG, TERENGGANU dan KELANTAN bagi menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara sebagai mercu tanda serta ikon seni budaya Malaysia.
Pelbagai acara menarik menanti pengunjung pada 21 – 23 Oktober 2011, bermula seawal 9.30 Pagi hingga 10.30 Malam bertempat di Dataran Pekan, Pekan Pahang. Jangan lupa saksikan juga persembahan istimewa oleh Kumpulan Kesenian JKKN Pahang melalui tarian ‘Walinongsari’ dan ‘Zapin Pekan’ esok di TV 1, jam 8.05 pagi dan 9.25 pagi. Keterangan lanjut boleh didapati di www.jkkn.gov.my atau mehubungi kami di talian 09 – 517 8466. Jumpa Anda Di Sana!
***
Layan lagu popular M’steen – Kembalilah Kasih.